Pernah Tengok Manusia Tunggang Khinzir Haiwan Berlari Laju Macam Peluru

Babi atau khinzir seekor binatang yang dihaaramkan untuk kita makan dan pegang dalam agama islam. Ada sebab kenapa Islam menghalang kita untuk memakan haiwan itu.

Pernah terserempak dengan haiwan ini ketika memandu? Banyak kes kita dengar dimana penunggang atau pemandu kereta dirempuh haiwan ini terutama di kawasan kawasan hutan dan pada waktu malam. Jadi memang betul haiwan ini amat bahaya sebenarnya.

Sebelum itu mari kita lihat video di bawah dimana seorang lelaki menunggang seekor khinzir (siap ada sound effect). Tengok betapa besarnya haiwan tersebut, dah seperti saiz lembu.

Mari layan video dibawah..

Apa Dia Baabi Hutan

Babi Hutan (bahasa Inggeris: Wild Boar) merupakan leluhur liar babi bela jinak. Ia berasal dari hutan jarang di kebanyakan kawasan Eropah Tengah, Mediterranean (termasuk Banjaran Atlas Afrika Utara), serta di kebanyakan kawasan di Asia sehingga Indonesia di selatan.

Babi hutan juga telah dibawa masuk ke banyak tempat yang lain. Ia tergolong dalam famili Suidae yang sama dengan Warthog dan Bushpig di Afrika, Pygmy Hog di India utara, dan Babi Rusa di Indonesia, antara lain. Babi Hutan adalah lebih jauh hubungannya dengan peccary atau javelina yang didapati di kawasan barat daya Amerika Syarikat serta di seluruh Amerika Tengah dan Selatan. Nama saintifiknya Sus scrofa.

Hutan Babi boleh mencapai 440 paun (200 kilogram) ([1] dengan laporan lebih berat yang tidak disahkan) untuk babi jantan dewasa, dan sehingga 6 kaki (1.8 meter) panjangnya. Jika terperanjat atau terkepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya.

Babi Hutan pupus di Great Britain pada abad ke-17, tetapi babi-babi yang membiak di kawasan liar telah kembali ke sesetengah kawasan, khususnya di Weald, selepas melarikan diri daripada penternakan hutan babi.

10 Sebab Saintifik Mengapa Khinzir Haram Kepada Manusia

kumpulan khinzir

Kita perlu mematuhi larangan Allah terhadap khinzir yang telah termaktub di dalam surah Al-An’am ayat 145:

“Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Rabbmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS. 6:145)

Malah, dalam kitab Injil juga melarang umatnya daripada memakan daging babi, iaitu dalam ayat Leviticus 11: 7-8 :

.

“Dan khinzir, walaupun kakinya terbahagi dan terbelah, namun ia tidak mengunyah dengan habis, dan ia tidak bersih untuk kamu,”

.

“Jangan kamu makan dari dagingnya, dan jangan kamu sentuh bangkainya, kerana ia kotor dan haram bagimu,”

Saintis-saintis juga telah membuktikan secara saintifik bahawa khinzir sangat tidak layak untuk dimakan. iluminasi.com ingin berkongsi 11 sebab saintifik mengapa Islam mengharamkan khinzir.

1. Makan semua benda termasuk benda kotor

Khinzir adalah spesis haiwan yang makan segala benda yang boleh dimakan, segalanya. Antaranya termasuklah najis mereka, pertumbuhan barah pada badan khinzir lain, pelbagai jenis serangga, daging haiwan yang mereput, dan minum air kencing sendiri.

2. Serap toksin dengan baik

Berbanding haiwan-haiwan lain, daging khinzir menyerap toksin dengan lebih baik. Toksin-toksin ini akan masuk ke dalam daging dan membuatkan daging khinzir berbahaya untuk dimakan. Terdapat juga bakteria dan parasit berbahaya di dalam badan khinzir seperti eperythrozoon, stephanurus, metastrongyfus dan banyak lagi.

3. Tak berpeluh

Khinzir adalah satu-satunya mamalia yang tidak berpeluh, dan ini membuatkan toksin yang sepatutnya keluar melalui peluh kekal dalam badan khinzir dan bergabung bersama daging. Dan untuk menyejukkan badan, khinzir akan berendam dalam lumpur.

4. Beracun

Khinzir atau babi sangat beracun dan tidak akan mati jika mereka cuba dibunuh menggunakan strychnine (racun rumpai) atau racun-racun lain.

5. Tidak tergugat dengan racun ular

Penternak khinzir biasanya tidak risaukan kehadiran ular orok-orok, kerana walaupun dengan patukan beracun ular ini, tidak dapat membunuh khinzir yang sememangnya sudah beracun

6. Tidak selamat walaupun dimasak

Tidak ada suhu yang selamat untuk memasak daging khinzir bagi memastikan parasit dan bakteria dalam daging khinzir tersebut mati.

7. Terlalu banyak lemak

Lemak pada daging khinzir lebih banyak 2 kali ganda dari daging lembu yang mana tidak baik untuk kesihatan.

8. Tidak hadam makanan dengan baik

Khinzir memerlukan masa yang lama untuk menghadam makanan kotor yang dimakan dan menjadi daging, berbanding lembu yang mempunyai 4 perut dan hadam dalam masa yang singkat.

9. Pembawa penyakit

Sebanyak 30 jenis penyakit dibawa oleh khinzir dan sangat mudah untuk dipindahkan kepada manusia, seperti virus H1N1, walaupun dengan sentuhan pada bangkainya. Daging khinzir juga boleh menyebabkan penyakit seperti kepialu, artritis, penyakit sendi, keradangan pada lapisan perut, multiple-sclerosis (ganggu badan dan otak), meningitis, dan masalah hempedu kekal.

10. Saluran najis pada kaki

Disebabkan daging khinzir terlalu kotor dan beracun, terdapat saluran najis melalui kedua-kedua belah kaki dengan lubang pada tapak kaki khinzir. Lubang-lubang ini mengeluarkan nanah dan kotoran yang tidak dapat melepasi sistem badan khinzir, yang mana masuk ke dalam daging.

SUMBER : Iluminasi

Edited By: KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*