Kisah Bruce Lee Dikalahkan Oleh Silat Melayu. Benar Atau Tidak Anda Perlu Tahu

Bercerita mengenai seni mempertahankan diri sudah pasti ramai yang mengenali dengan nama tersohor dalam seni mempertahankan diri iaitu Bruce Lee. Bruce Lee menjadi terkenal dan tersohor di seluruh dunia dalam ilmu mempertahankan diri apabila mula berlakon dalam filem-filem.

Disaat namanya semakin terkenal, Bruce Lee telah meniinggal dunia. Berita mengenai kematian Bruce Lee sangat mengejutkan dunia.

Jika kita lihat di internet, terlalu banyak cerita tentang punca kemaatian Bruce Lee. Jika fakta itu diperolehi dari Nusantara, selalunya cerita itu akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong, tetapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara dan Asia, ianya lebih kepada fakta tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri. Ada juga yang mengatakan kematian Bruce Lee disebabkan beliau mengambil dadah secara berlebihan dan juga kerana sakit yang beliau alami kerana latihan fizikal yang berat serta berterusan.

Namun dalam artikel ini lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli Silat Gayong sedunia.

bruce lee kalah lawan dato meor.jpg

fakta kekalahan bruce lee dengan silat melayu.jpg

bukti bruce lee kalah dengan silat gayong.jpg

Benarkah Bruce Lee pernah ditewaskan Dato Meor Abdul Rahman?

Dan Inosanto ada juga menyebut tentang hal ini. Beliau berkata bahawa kisah tidak benar ini harus dihentikan serta-merta kerana ianya telah menjadi kepercayaan ramai pengamal seni mempertahankan diri di Malaysia sejak tahun 2004. Mengikut cerita yang tersebar di internet, ketika Dato Meor Dalam perjalanan ke England, kapal terbang terlah berhenti seketika (transit) di Hong Kong pada 13 July 1973.

Apabila mengetahui Dato Meor sedang berada di Hong Kong,¬†Bruce Lee lantas berjumpa Dato Meor¬†untuk bertarung. Diceritakan juga bahawa Bruce Lee menyapa Dato Meor dengan sombong dan angkuh. Dato Meor pada ketika itu berumur 56 tahun dan Bruce Lee berumur 32 tahun. Akhirnya kerana terlalu dipaksa Bruce Lee, Dato Meor menggunakan teknik “Kipas Senandung” ke atas Bruce Lee menyebabkan Bruce Lee mengalami kecederaan dalaman justeru menjadi punca kematiannya. Semua kisah ini adalah tidak benar sama sekali.

Pertama sekali, kisah ini mula tular selepas kematian kedua-dua tokoh ini iaitu Dato Meor dan Bruce Lee. Semasa hayat mereka tidak pernah pula didengari tentang ini. Yang kedua, adakah logik sekiranya perjalanan dari England ke Malaysia, kapal terbang berhenti transit di Hong Kong? Tidak pula diceritakan punca transit ke Hong Kong tersebut. Ada ribut tornado di khaitulistiwa Malaysia agaknya.

Pada tahun 70an, Bruce Lee sudah menjadi seorang yang sangat sibuk dengan urusan kerjayanya. Beliau adalah superstar yang dikenali ramai dan juga seorang pengarah filem terkenal. Pasti ramai akan mengerumuni beliau dan menjadi saksi kisah tersebut kalau benar beliau datang ke lapangan terbang Kai Tak untuk bertarung dengan Dato Meor. Ditambah pula lapangan terbang Kai Tak Hong Kong telah memiliki cctv sejak awal tahun 70an lagi. Pasti ada rakaman peristiwa itu sekiranya benar.

bruce dengan dan inosanto

Adakah pengawal keselamatan airport membiarkan saja mereka berlawan? Mustahil. Kalau ya pun, pasti sekuriti akan suruh bertarung di luar yang menguatkan fakta lagi bahawa Dato Meor tak akan boleh keluar dari airport sewenang-wenangnya ketika transit. Kalau terlepas flight macam mana? Bruce Lee bukan seorang yang suka mencabar orang yang tidak dikenalinya. Ini adalah fitnah ke atas Bruce Lee. Hakikatnya adalah berlawanan dengan kisah tersebut. Ramai yang mencabar Bruce Lee namun tidak diendahkan beliau. Dikatakan krew penerbitan yang pernah bekerja dengan Bruce Lee semuanya tergelak besar apabila mengetahui tentang cerita Bruce Lee dikalahkan Dato Meor ini.

Punca Kematian Bruce Lee yang sebenar

Hal ini diceritakan sendiri oleh isterinya, Linda Lee Cadwell yang sangat terkilan dengan sikap media menyebarkan risalah palsu mengenai mendiang suaminya. Ada yang mengatakan punca kemaatian adalah disebabkan pengambilan daadah, dan ada juga mengatakan Bruce Lee dibuunuh seseorang.

linda lee cadwell isteri bruce lee

Yang sebenarnya, Bruce Lee maati disebabkan oleh Edema Sebebral dimana kondisi ini menyebabkan peningkatan jumlah air di dalam otak yang berpunca dari alahan Equagesic (meprobamate and aspirin). Equagesic digunakan oleh Bruce Lee untuk mengurangkan kesakitan ligamen, otot, saraf, tendon dan struktur yang menyokong tulang belakang.

Keputusan ini telah dikeluarkan bukan dari satu unit forensik, tapi dari banyak unit lain di seluruh dunia. Walaupun keputusan ujian ada mengatakan badan Bruce Lee mengandungi bahan seperti kan abis, namun itu bukanlah penyebab kemaatiannya.

Semua cerita tentang kekalahan ini tidak disebar luaskan kepada dunia kerana ingin menjaga nama baik Bruce Lee dan demi menjaga keharmonian antara pengamal seni mempertahankan diri seluruh dunia. Bagi saya sendiri, setiap seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak perlu menunjukkan siapa kuat siapa lemah.

Saya juga melihat, sesetengah pengamal persilatan tidak mahu perkara ini dihebahkan kerana dalam diri mereka itu tidak mahu timbul sebarang sifat angkuh.

Sumber : blogammar, iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*