Ramai Takut Lipas Kan, Tapi Tahukah Anda Kenapa Kalau Lipas Mati Mesti Badan Dia Terbalik. Ini Sebabnya

Lipas ..lipassssss .. binatang kecil ini ramai yang takut.. pada siapa yang fobia dengan lipas, kalau lipas ini lalu tepi kaki je automatik si dia yang takut dengan lipas akan jadi macam spiderman .. lompat setinggi tingginya hehe!

Pelik, Kenapa Lipas Nak M4ti Terbalikkan Badan? Ini Jawapannya

Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh manusia. Ketakutan yang dialami bukanlah kerana serangga itu berbahaya, namun disebabkan rasa geli terhadapnya.

Seseorang yang takutkan lipas sudah pastinya akan berasa lega sekiranya melihat lipas sudah ma ti.

Namun, sedarkah lipas yang telah ma ti atau hampir ma ti akan berada dalam keadaan yang terbalik?

Mengapa?

Keadaan lipas ma ti dalam keadaan terbalik adalah kerana terdedah kepada bau racun serangga perosak. Bau racun serangga perosak sebenarnya memberi kesan kepada sistem saraf lipas dan menyebabkannya mengalami kekejangan otot dan membuatkan lipas tersebut melayang kebelakang dan seterusnya akan jatuh dalam keadaan yang terbalik.

Keadaan lipas yang lemah kesan daripada bau racun perosak serangga itu juga akan membuatkan lipas tidak dapat membetulkan badan mereka dan seterusnya menyebabkan mereka ma ti dalam keadaan tersebut.

Lipas juga tidak menggemari pada lantai dan jubin yang mempunyai permukaan licin. Perkara ini kerana akan lebih menyukarkan mereka untuk membetulkan badan dalam keadaan terbalik.

Sumber: TERMINIX via Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*