Orang Malaysia Kerja Singapura Mesti Kaya Raya. Lelaki Ini Ceritakan Perkara Sebenar Yang Terjadi Jika Anda Ingin Kerja Di Singapura

Kerja petik buah Australia, kerja buruh di Korea memang sekarang macam dah jadi trend anak muda untuk mencari ‘quick cash’. Mereka sanggup masuk ke negara asing semata mata untuk mencari rezeki lebih. Tetapi bukan senang nak senang sebenarnya.

Tidak perlu kita ambil negara yang jauh, kita ambil contoh negara jiran kita sendiri Singapura. Mesti ramai yang beranggapan siapa bekerja di Singapura mesti masyukkk (kaya) sebab nilai matawang sana. Mari baca apa yang anda perlu tahu jika ingin bekerja di Singapura.

Kisah ini dipetik dari group facebook ORANG MASAI GROUP. Sumber asal tidak dapat dikenal pasti

Mindset org Melayu kita, “org kerja di Singapore org kaya”

Ni mai sini aku nk explain.. Ya memang betul duit Singapore (SGD/Dollar) 3 kali ganda lebih besar dari Malaysia (RM/Ringgit).. Contoh klu gaji SGD1000 tukar jadi RM3000.. Klu rajin buat OT bleh cecah SGD2000, bersamaan RM6000.. Bila sebut sebulan bleh dpt RM6000, perrgghhh berduyun2 org Malaysia nk keja..

Sanggupkah Anda?

Org KL mai nk keja Singapore, aku ckp “sanggup ka hadap jem ni??”.. Dia jawab “alaaa KL tu jem lg rabak laa”.. Aku jawab “OK, good luck”.. Bila dh start keja, dua hari terus blah.. Bila tnya “knp blah??”.. Ramai yg jawab “dia punya jem x boleh tahan la”.. Aku hanya mampu tersenyum bila dengar jawapan tu..

Kenapa Kerja Singapura Tapi Tak Kaya Pun?

Persoalannya skrg, knp geng2 yg blah ni x kaya pon.. Org akan jwb “memang la x kaya sbb depa blah”.. So kesimpulan dlm cerita ni, bukan org yg kerja di Singapore kaya.. Tapi org yg sanggup hadap kesusahan dan ujian, pasti Allah beri kejayaan.. Taw ka apa yg kami hadap utk dapatkan RM6000 sebulan?? Mai la hadap dulu..

Susah Mula Mula Itu Biasa .. Takde Benda Yang Senang ..

Masa baru2 start keja mungkin akan rasa perit sikit la.. Bila dh lama2 ok la dh biasa.. Jgn sembang ribut klu angin pon takdak.. Nk berjaya kena usaha geng.. Klu takut dgn kesusahan, jgn mimpi kesenangan.. Pepatah Arab ada mengatakan, MAN JADDA WAJADA..Anda usaha, anda dapat.. Hang nak, hang usaha.. Simple.. Allah bukan zalim.. Yg zalim ni manusia.. Biarlah org nk kecam aku ka apa ka dgn status ni..

Titik Peluh Sendiri ..

Sekurang2nya aku puas hati dgn usaha titik peluh aku sendiri.. X harap duit mak bapak.. Kami yg bekerja di Singapore ni bukanlah kaya.. Tp mungkin bleh disebut sekadar “selesa”.. Klu kaya dh lama aku beli Ferrari atau Lamborghini.. Moral of the story, bekerja di Malaysia pon bleh berjaya klu usaha bersungguh2.. Saya akhiri dgn serangkap pantun..

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK,

JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI,

KALAU TAKMAW KENA PENYEPAK,

JANGAN DOK CAKAP PANDAI.

Edited By: KL Viral

Ingat, percaya kepada rezeki .. Usaha, Doa dan Tawakal. Semoga yang baca artikel ini dimurahkan rezeki yang halal ..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*