Pemilik Restoran Kampung Fried Chicken Telah Tukar Logo. Ini Sebab Kenapa Dia Tukar

KAJANG – “Saya tidak tahu rekaan logo restoran saya mirip dengan sebuah syarikat syarikat francais,” demikian kata pemilik Restoran Kampung Fried Chicken, Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin.

Selepas tular mengenai persamaan logo itu, Sheikh Lokman Shazly terus membuat permohonan maaf.

“Saya dah mohon maaf kepada syarikat tersebut,” katanya ringkas.

Jelasnya, jenis tulisan pada logo restorannya sudah ditukar agar tidak lagi dikatakan meniru syarikat francais berkenaan.

“Sebelum ini, syarikat berkenaan telah tampil berjumpa saya untuk berbincang mengenai isu logo yang didakwa mirip itu.

“Saya tidak tahu perkara itu kerana rekaan logo saya serahkan kepada pereka grafik.

“Tapi, selepas berbincang, saya ambil keputusan untuk tukar rekaan pada papan tanda restoran,” katanya.

Biarpun sudah menukarnya, namun Sheikh Lokman Shazly akui risau andai gambar lama restorannya tular di laman sosial.

Sheikh Lokman Shazly menunjukkan rekaan logo terbaharu restorannya.

“Untuk logo baharu ini, saya pilih nama ‘Kampung’ kerana ia merupakan salah satu kebangaan orang Melayu.

“Saya berhasrat restoran ini popular di seluruh dunia, jika ada cawangan Kampung Fried Chicken di London, England, Brazil dan Jepun sudah pasti orang tempatan akan bangga,” katanya.

Pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy ini berkata, pada asalnya restoran tersebut merupakan kantin pusat tahfiz berkenaan.

“Sekarang kami sedang membuat perubahan dan menaiktaraf dari masa ke masa supaya restoran ini dapat memberi keselesaan kepada pengunjung yang semakin bertambah,” katanya.

Restoran yang beroperasi sejak setahun lalu kini mempunyai dua menu istimewa iaitu ayam kampung dan nasi Arab dalam buluh yang seakan-akan seperti lemang.

Sumber Artikel: Sinar Harian

MENU DI SANA

Notakaki: Nasi arab dalam buluh macam sedap je bunyi dia .. apa pun kita support produk bumiputera kita .. moh kita serbu …

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*