Berikut adalah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika penguatkuasaan PKPB

EkoranĀ kes Covid-19 semakin meningkat dan membimbangkan, kerajaan terpaksa memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa buah negeri
lagi.

Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB dilaksanakan seluruh semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan untuk tempoh 4 minggu iaitu 9 November hingga 6 Disember ini.

Justeru, berikut adalah di antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuat kuasa dalam kawasan pelaksanaan PKPB di semua negeri terlibat.

Perlu diingat! Jika enggan patuh anda boleh dikenakan denda RM1000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

1. Dua orang sahaja yang dibenarkan keluar rumah bagi mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan awam.

2. Perjalanan rentas negeri dan rentas daerah dari/ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau kematian. Perlu mendapat permohonan
pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu.

3. Para pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripasa majikan. Pekerja yang mana tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang saya tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan. Kerajaan bagaimanapun menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

4. Bagi mereka yang perlu merentas negeri perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi mengelakkan kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.

5. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.

6. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sumber: MKN

7. (Seperti grafik di atas) Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya
terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

8. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.

9. Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)

10. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

11. Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

12. Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rangkaian aktiviti ekonomi atau industri dibenarkan keluar masuk.

13. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

14. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

15. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

16. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.

17. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.

18. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.

19. Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang
dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

20. Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak ā€“ kanak ditutup dalam tempoh ini.

21. Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.

22. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

23. Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

Setakat hari ini, negeri Pahang, Perlis dan Kelantan di bawah SOP Perintah Kawalan Permulihan.

Sebarang perubahan tertakhluk kepada pindaan daripada pihak berkuasa tempatan.

Jadi kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting. Terus amalkan pemakaian pelitup muka, sentiasa cuci tangan dan jaga penjarakan sosial.

Kredit: SinarPlus

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*