Ramai Tidak Tahu Bahawa Alas Kaki Kereta Antara Punca Kemalangan Jalan Raya. Sila Lihat Video Yang Disediakan

Selalu kita dengar punca kemalangan yang tidak disengajakan. Apabila ditanya, ingat sudah tekan brek tetapi kereta masih berjalan dan ada alasan tidak perasan pedal minyak ditekan.

Walaupun sebab ini tidak banyak berlaku tetapi jangan tidak boleh berlaku.

ALAS KAKI KERETA

INI antara aksesori kereta yang paling tidak diambil peduli. Kemudian dipijak-pijak pula hampir setiap hari. Ramai pemandu tidak peduli tentang jenis karpet kereta (atau alas lantai atau floor mat) yang sesuai untuk kenderaan mereka.

Karpet kereta tidak hanya melindungi kenderaan anda daripada kotoran, tumpahan dan habuk, tetapi juga memberikan keselesaan pada kaki ketika memandu. Jadi, jangan diabaikan begitu saja hanya kerana namanya karpet kereta yang menjadi alas kaki pemandu dan penumpang. Malah rekabentuk sesebuah kereta itu boleh dikatakan tidak akan sempurna tanpa karpet kereta. Betul?

Video dibawah menunjukkan contoh bagaimana ini boleh terjadi. Alas kaki kereta adalah antara penyebab kemalangan terjadi.

Ramai diantara kita tidak ambil kisah pasal alas kaki. Selalu kalau ganti alas kaki mesti kita akan cari yang biasa atau paling murah.

Bukan diminta untuk beli yang mahal tetapi kita harus peka dengan alas kaki kereta kita.

Mari lihat video di bawah dan anda akan faham kenapa alas kaki kereta perlu diperhatikan setiap kali sebelum mula pemanduan.

Jadi bagaimana? Semua sudah faham kan .. Jangan ambil mudah ye..

Bagaimanakah Pilih Karpet Kereta yang Sesuai?

Memilih karpet kereta yang tepat tidak memerlukan sebarang ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan automotif. Cuma perlukan sedikit sentuhan rasa, dan idea bernas tentang apa dimahukan serta keutamaan anda. Berikut beberapa tip mudah yang boleh membantu anda.

1. FABRIK

karpet-kereta-1

Karpet fabrik dibuat daripada material ditenun, seperti nilon kuat atau Berber. Karpet jeni fabrik biasanya turut dilapik getah antigelincir di bawah karpet supaya tidak mudah melorot ketika dipijak.

KELEBIHAN

Rekaan boleh dikustom. Banyak pilihan gaya dan rekabentuk. Banyak pilihan harga dan dapat memenuhi keperluan demografik pengguna yang lebih luas.

KEKURANGAN

Kerap kumpul kotoran sepanjang masa. Cepat lusuh berbanding getah dan vinil.

BILAKAH PATUT GUNA KARPET FABRIK?

Jarang digunakan. Mahu sepadankan warna karpet dengan kemasan dalam. Jenis kabin tidak mudah kotor.
Lebih pentingkan estetika berbanding praktikaliti. Sukakan personaliti pada aksesori seperti nama atau logo kereta pada karpet.

2. GETAH

getah-alas-kereta-1

getah-alas-kereta-1 getah-alas-kereta-2 getah-alas-kereta-3
Seperti namanya, karpet getah biasanya dibuat daripada getah tahan lasak.

KELEBIHAN

Mudah dibersihkan. Tahan lasak. Dengan penjagaan betul, ia lebih lasak berbanding fabrik dan sesetengah vinil.
Ada ratusan alur dipanggil ‘wells’ yang kalis air dan cuaca.

KEKURANGAN

Warna dan rekaan terhad, mungkin tidak sepadan kemasan dalaman kereta. Mahal, terutama jika beli jenis boleh dikustom mengikut saiz karpet asal. Tidak tahan haba jika kerap berjemur. Mengalami degradasi mengikut masa penggunaan yang meninggalkan kesan pecah dan rekahan kecil. Sesetengah karpet getah mudah licin apabila basah.

BILAKAH PATUT BELI KARPET GETAH?

Pilih getah jika anda jenis pemandu yang kerap tertumpah dan tercampak minuman atau makanan dalam kereta.
Kenderaan kerap dipandu ke kawasan pedalaman, luar bandar atau rekreasi. Selalu bawa penumpang yang cenderung mengotokan dalaman kereta seperti kanak-kanak, haiwan peliharaan dan penumpang yang suka bersantap dalam kereta.

3. VINIL

Ramai keliru antara vinil dan getah. Vinil atau PVC (polivinil klorida) ialah polimer yang ada kaitan dengan plastik sintetik. Vinil berharga lebih murah daripada getah, dan menjadi antara sebab kenapa ia kerap digunakan sebagai bahan alternatif kepada getah.

KELEBIHAN

Murah. Banyak jenis rekaan, warna dan gaya. Kalis bahan kimia. Kalis serapan lembapan.

KEKURANGAN

Kurang tahan dan lasak berbanding getah. Mudah retak, keriting dan terlipat apabila terdedah kepada suhu ekstrem (panas atau sejuk).

BILAKAH PATUT PILIH KARPET VINIL?

Vinil ialah pilihan sederhana kerana materialnya berada antara getah yang lasak dan karpet yang murah. Cuma jangan kerap didedahkan kepada suhu panas atau sejuk yang terlampau ekstrem supaya dapat digunakan lama.

Sumber Info : PanduLaju

Artikel By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*