Wanita Ini Ingat Dia Cuma Gemuk Biasa Tetapi Selepas Doktor Ini Periksa Isi Kandung Perutnya Terkejut Wanita Itu Sebenarnya Dalam Perut Dia Ada..

SWANSEA, Britain – Seorang wanita merasakan seolah-olah ‘melahirkan’ tujuh bayi serentak selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista ovari seberat 26 kilogram(kg) yang terdapat dalam perutnya.

Keely Favell, 28, merasakan dirinya semakin gemuk apabila sista tersebut membesar sejak empat tahun lalu tetapi mengambil keputusan berjumpa doktor selepas dia pengsan di tempat kerja.

Doktor mulanya mendakwa dia mengandung walaupun tiga ujian kehamilan adalah negatif. Imbasan CT bagaimanapun mendedahkan terdapat sista besar yang menakung cecair.

GAMBAR KETUMBUHAN DALAM PERUT (KIRI). GAMBAR SELEPAS SEMUA DIKELUARKAN (KANAN)

Pembedahan selama lima jam pada Mac tahun lalu telah meninggalkan parut sepanjang 30 sentimeter pada perut Favell tetapi dia kini hilang satu pertiga daripada berat badannya.

Doktor juga terpaksa membuang ovari sebelah kanan Favell tetapi memaklumkan dia masih boleh hamil. Berat sista itu bersamaan tujuh bayi baru lahir di Britain yang puratanya seberat 3.5 kilogram.

Sumber Artikel : Kosmo Online

Punca Ovarian Cyst (Sista Ovari) Dan Cara Mengecutkannya

Antara Punca Ovarian Cyst

Ovari adalah sebahagian daripada sistem reproduktif wanita yang terletak di bahagian bawah abdomen pada kedua-dua belah rahim. Ovari berfungsi untuk menyimpan dan melepaskan telur. Salah satu ovari akan mengeluarkan telur pada setiap bulan dan proses ini dipanggil ovulasi. Buat pengetahuan anda, ovulasi berlaku kira-kira pada pertengahan kitaran haid bulanan wanita dan telur akan berada dalam kantung yang dipanggil folikel. Sekiranya telur tidak disenyawakan, kandungan uterus akan dikeluarkan pada masa permulaan datang haid. Kesimpulannya, ovari berfungsi mengawal kitaran haid dan kehamilan.

Ovarian cysts kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka mengalaminya. Ovarian cyst boleh menjadi tumor dan bukan tumor. Jika cyst adalah tumor, boleh jadi ianya beign (jinak) atau malignan (progresif). Ovarian cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/ air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Siapa Yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst?

Cyst akan berlaku sekurang-kurangnya satu dalam sepanjang hidup seorang wanita. Namun, cyst yang terhasil adalah cyst biasa dan tidak membawa kemudaratan mahupun bahaya. Walaubagaimanapun, jika cyst ini terjadi pada wanita berusia lingkungan 50 sehingga 70 tahun, mereka lebih cenderung untuk mendapat kanser dan keadaan akan menjadi lebih bahaya kerana faktor umur dan kesihatan tubuh badan.

Apakah Tanda-tanda Ovarian Cysts?

Terdapat Punca Ovarian Cyst

Meskipun, ovarian cyst ini tidak mempunyai simptom yang ketara, tetapi simptom akan muncul apabila cyst sudah tumbuh. Antaranya adalah seperti berikut:

Terdapat Punca Ovarian Cyst

Kembung perut atau bengkak

Pergerakan usus yang menyakitkan

Sakit perut sebelum atau semasa kitaran haid

Hubungan seks yang menyakitkan

Sakit di belakang atau paha

Payudara menjadi lembut

Pening dan muntah

Dan sekiranya ovarian cyst semakin teruk, anda memerlukan perhatian perubatan secepat mingkin. Gejala ini boleh membawa kesan serius sekiranya tidak dirawat lebih awal. Antaranya adalah seperti:

Kesakitan pelvik yang teruk atau tajam

Demam

Pengsan atau pening

Pernafasan yang cepat

Sumber

Edited: KLV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*