Ini Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3. Ada Tambahan RM100

MALAYSIA: Bagi mereka yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 untuk fasa ke-3 maka berikut kami akan kongsikan kepada anda tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Mengikut kepada laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri, pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Pembayaran tersebut akan dilakukan bersama dengan bayaran FASA 3 Bantuan Sara Hidup 2020 yang bermula pada bulan Julai nanti.

Untuk makluman anda semua, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional adalah 2 perkara yang berbeza. Sekiranya anda dapat BSH dan BPN maka jangan keliru dengan tarik diantara kedua bantuan tersebut.

Tarikh Pembayaran FASA 3

Seperti yang kami katakan di awal tadi bahawa tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) fasa 3 adalah pada bulan Julai 2020.

Namun tiada lagi pengesahan daripada pihak berwajib, berapa hari bulan duit tersebut akan mula dibayar, sama ada diawal bulan, atau pertengahan atau mungkin akhir bulan.

Kami akan buat kemaskini terbaru sekiranya tarikh rasmi telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada bila-bila masa.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai Kementerian Kewangan, LHDN dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menjalankan tugas membantu rakyat dengan penuh dedikasi.

“Sehingga 17 Mei lalu, bagi fasa pertama, seramai 7.84 juta penerima sudah menerima bayaran sebanyak RM5.54 bilion.

“Bayaran yang sudah selesai ini termasuklah untuk penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit.

“Kadar pencapaian fasa pertama masih pada tahap 96 peratus, seperti minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, bagi fasa kedua pula, seramai 7.61 juta penerima BPN sudah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion.

“Ini mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa kedua. Sasaran sebelum ini adalah untuk menyempurnakan bayaran pada hujung minggu lalu namun disebabkan beberapa kekangan teknikal, usaha menyalurkan pembayaran akan berterusan sehingga 22 Mei ini

MUSANGVIRAL

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

5 Comments

  1. Banyak2 perdana menteri,tsmy adalah seorg yg betul2 berjiwa rakyat,sangup berkorban untuk rakyat,kekalkan tsmy sebagai perdana menteri…kita sebagai rakyat malaysia marilah beramai2 memohon kepada Allah semoga tsmy di jauhkan dari segala melapetaka,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan dan kekal sebagai perdana menteri malaysia…aamiin yarabbal alammin.

  2. Alhamdulillah.. Beginilah pimpinan yg rakyat kehendaki.. TSMY adalah yg PM Malaysia yg terbaik selepas PM DSNTR yg mewujudkan BR1M… Semoga mereka sentiasa dibawah perlindungan Pencipta. Aaminn Ya Råbb

  3. atas alasan perlu dpt kn penyata tahunan KWSP tahun 2020.ok,sy pn dpt kn penyata KWSP dan hantar semula ke LHDN.setelah disemak semula dokumen2 yg diperlukan masih tidak diterima jgk.malah mereka menyuruh sy mendapatkan pengesahan pendapatan suami sy drpada japerun/JKKK/MPKK.bagaimana sy nk dptkn pengesahan pendapatan suami sedangkn sy dan suami sudah lama tidak bersama selama(6tahun)

  4. sy ad mohon bpn tapi tak lulus atas alasan perlu dpt kn penyata tahunan KWSP tahun 2020.ok,sy pn dpt kn penyata KWSP dan hantar semula ke LHDN.setelah disemak semula dokumen2 yg diperlukan masih tidak diterima jgk.malah mereka menyuruh sy mendapatkan pengesahan pendapatan suami sy drpada japerun/JKKK/MPKK.bagaimana sy nk dptkn pengesahan pendapatan suami sedangkn sy dan suami sudah lama tidak bersama selama(6tahun)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*