Ini Yang PDRM Temui Ketika Serbuan Dilakukan Di Pejabat Yang Menerbitkan Isu Logo Jata Negara

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pejabat sebuah syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan penghlnaan terhadap logo Jata Negara di Seksyen 11, Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata serbuan dijalankan pada jam 3 petang oleh sepasukan anggota Unit Siasatan Jnayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

“ Setakat ini poIis sudah menerima 32 laporan berhubung isu itu daripada pelbagai pihak di seluruh negara

“ Kita membuka sebanyak empat kertas siasatan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati syarikat penerbitan itu mencetak sebanyak 1,000 naskhah untuk edaran dengan 687 sudah pun terjual melalui jualan dalam talian.

“ Baki 313 naskhah yang masih tersimpan dan belum terjual kita rampas dalam serbuan itu.

“ Kini pihak poIis sedang membuat penelitian terhadap buku terbabit. Penulis serta pereka gambar pada kulit buku berkenaan juga akan disiasat dan sudah pun dikenal pasti,” katanya.

Katanya, tangkapan akan dilakukan sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian selain akan merakam keterangan pihak yang terbabit.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang terbabit.

ONLINE MALAYA / BERITA HARIAN

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*