Bergenang Air Mata Mendengar Bacaan Ayat Suci Al-Quran Dari Nor Farhatul Fairuzah Panut, Juara Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa. Allahuakbar

Setiap Tahun, Malaysia akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan disertai oleh peserta dari pelbagai negara.

Kali pertama diadakan acara ini adalah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 buah negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaysia yang ketika itu dikenali dengan negara Malaya.

Dahulunya, acara ini dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Kali pertama ianya telah diadakan dia Stadium Negara dan pada tahun 1985 ianya telah berpindah tempat di PWTC sehinggalah pada tahun 2018 yang lalu.

Tetapi pada tahun ini, majlis tersebut buat kali pertamanya telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan juga bakal menyaksikan penyertaan baharu tujuh negara iaitu Azerbaijan, Montenegro, Sweden, Norway, Austria, Kenya dan Ivory Coast.

Majlis Tilawah kali ke-61 itu yang bermula pada 15 April dan berakhir pada 20 April telah menyaksikan qari dan qariah dari Malaysia telah diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Kredit Gambar : Sinar Harian

Qari Malaysia, Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah. Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, serta piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Tetapi kemuculan peserta qariah Malaysia, adik Nor Farhatul Fairuzah Panut telah mencuri tumpuan kerana menjadi peserta termuda dalam sejarah yang menjadi Johan Qariah Majlis Tilawah tersebut.

Kredit Gambar : Sinar Harian

Bacaan dari anak bongsu lima beradik ini begitu mengagumkan ramai hadirin yang hadir

Kredit Gambar : Y0utube

Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun lagi. Lihat bagaimana dia membaca dengan begitu kusyuk dan penuh perasaan

Kredit Gambar : Y0utube

Seperti dipertik dari Astro Awani, adik Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara. Dia juga bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti.

Semoga segala cita-cita dan hajat adik Farhatul menjadi kenyataan dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Semoga kejayaan ini menjadi inspiirasi kepada semua anak supaya senantiasa membaca dan menghayati Al-Quran. Syabas Adik Farhatul !

Tonton Video Adik Farhatul Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran Di Bawah Ini :

Juara tilawah, Qariah Malaysia mahu bawa ibu tunai Umrah.

KUALA LUMPUR: Qariah Malaysia, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang menjuarai Kategori Tilawah (Wanita) pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, malam tadi, mahu membawa ibu menunaikan umrah menggunakan wang kemenangannya.

Nor Farhatul Fairuzah, 19, yang memperoleh 87.05 peratus markah menerima hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan. Pelajar Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan itu berkata, ibunya, Jaliah Simin, 63, pernah menyatakan keinginan menunaikan umrah, justeru beliau mahu merealisasikan hasrat berkenaan sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanan orang tua.

“Ibu pernah menunaikan umrah tetapi kali ini, saya mahu membawanya menggunakan wang kemenangan malam ini (tadi). Beliau adalah insan banyak menyokong selain ayah, Panut Markom yang pergi buat selamanya pada 2017. Selain itu, saya mahu menyimpan hadiah kemenangan untuk kegunaan melanjutkan pengajian pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang MTHQA61 disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, malam tadi.

Yang turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Bagi menghadapi pertandingan itu, Nor Farhatul Fairuzah yang juga anak bongsu daripada lima beradik berkata, beliau banyak melakukan latihan, terutama selepas setiap solat fardu.

“Saya mengamalkan membaca al-Quran selama 15 minit selepas solat, waktu paling sesuai selepas sembahyang subuh untuk ‘memecahkan suara’. Saya juga tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara,” katanya.

Qari Malaysia, Abdul Khair Jalil, 40, yang mengungguli Kategori Tilawah (Lelaki) MTHQA61 dan menerima hadiah sama pula mahu membawa isteri, Halimatun Samsori, mengerjakan ibadat haji menggunakan wang kemenangan itu.

“Insya-Allah, saya hendak membawa isteri menunaikan haji. Itu harapan dan niat yang sudah saya pasang sebelum ini. Saya bersyukur menjadi johan walaupun berdepan cabaran hebat daripada peserta lain, ada juga perasaan tertekan memandangkan Malaysia adalah tuan rumah,” katanya.

Beliau adalah pensyarah dalam bidang pengajian al-Quran di Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Prauniversiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak. Bagi Kategori Hafazan (Lelaki), peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara, manakala kategori wanita dimenangi Fatouma Ousseni Moussa dari Niger.

Seramai 74 peserta dari 41 negara mengambil bahagian dalam MTHQA61, termasuk tujuh negara yang kali pertama menghantar wakil, iaitu Azerbaijan, Montenegro, Sweden, Norway, Austria, Kenya dan Ivory Coast. MTHQA61 yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ membabitkan 14 ahli jemaah hakim dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sumber dari Empire Media Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*