
Tiada apa yang membahagiakan pendakwah bebas Firdaus Wong selain daripada bersyukur kerana ibu kandungnya akhirnya menerima hidayah daripada Allah.
Alhamdulilah Allahuakbar
Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ibufirdauswongsyahadah @ Multiracial Reverted Muslims – MRM
Sumber : FB Firdaus Wong
Kredit : Satu Johor
Leave a Reply