Ini Sebab Kenapa Laungan Azan Di Masjid Kuwait Diubah Sedikit

Kuwait City: Lafaz laungan azan di masjid Kuwait diubah sedikit berbanding kelaziman dalam situasi genting menghadapi krisis penularan Covid-19.

Umum telah mengetahui bahawa Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini semakin memburuk.

Bilangan kes serta angka yang dicatatkan semakin naik mendadak dari hari ke hari. Pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh beberapa negara antaranya mengenakan sekatan perjalanan serta perintah berkurung bagi mengawal penularan ini.

Ia susulan langkah pihak berkuasa Kuwait mengarahkan penutupan sementara masjid.

Memetik portal Middle East Eye, serentak penutupan rumah ibadat itu lafaz azan diubah daripada ‘hayya ‘ala al-Salah’ (marilah menunaikan solat) kepada ‘al-Salatu fi buyutikum’ (tunaikanlah solat di rumah anda).

Kementerian Hal Ehwal Islam Kuwait mengumumkan solat lima waktu yang lazimnya dibuat di masjid dibatalkan.

https://twitter.com/i/status/1238565622180720640

Susulan itu, beberapa video tular di media sosial memperdengarkan perbezaan lafaz laungan azan itu.

Pihak berkuasa berkata, muazin akan terus melaungkan azan, namun menukar lafaz laungan azan dengan mengajak orang ramai menunaikan solat di rumah masing-masing.

Pembaharuan itu berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.

“Daripada ‘hayya alas-salah’ (mari menunaikan solat) kepada ‘al-salatu fi buyutikum’. Ianya pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W ketika hujan lebat dan angin kencang,”tulis Tweet tersebut.

Video yang berdurasi selama 45 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak lebih 90 ribu kali daripada warganet.

Marilah kita bersama-sama turut berdoa agar ini boleh dibendung dengan cepat.

https://twitter.com/i/status/1238736706909528066

Awal minggu ini, Kuwait mengumumkan cuti umum antara 12 hingga 26 Mac dengan menyambung semula kerja pada 29 Mac manakala, entiti yang menyediakan khidmat penting beroperasi seperti biasa.

Pihak berkuasa juga melarang perjumpaan seperti di restoran, kafetaria dan pusat perniagaan.

Kerajaan turut mengenakan sekatan penerbangan antarabangsa, namun mengecualikan penerbangan kargo hingga diberitahu kelak.

Setakat Jumaat, Kuwait merekodkan 100 kes jangkitan Covid-19 tanpa kematian dengan lima daripada mereka disahkan sembuh.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*