“Islam Tidaklah Sember0n0 Mengherd1k Trans” Penulis Jelaskan Sajat Juga Berhak Ke Tanah Suci Sebab Ini

Biarpun ramai pihak yang mengecam dengan tindakan pengusaha produk Sajat, bagi penulis ini Sajat berhak melakukan perkara sedemikian. Nak tahu sebab kenapa? Ikuti perkongsiannya ini.

Dia berhak, tiada siapa boleh carik haknya sebagai Muslim.

Isu Sajat ke Tanah Suci. Ringkas jawapannya, dia berhak. Tiada siapa boleh carik-carikkan haknya sebagai Muslim kerana itu Tanah Haram yang diharamkan segala caci maki serta pertumpahan darah.

Dia juga ada mengolah perkongsian daripada Dr Faizal Tehrani tentang kisah 2 wanita trans. Bagi mengukuhkan perkongsiannya lagi , penulis ini memberikan contoh dunia Sunni dan Syiah yang pernah mengiktiraf trans dan mengizinkan pembedahan tukar jantina atau SRS yang pernah terjadi pada sekitar 1980an.

Sheikh al-Tantawi bermazhab Sunni dari Mesir dan Ayatullah Khomeini bermazhab Syiah dari Iran mungkin tidaklah seprogresif Asri seperti yang beliau megahkan. Kedua-dua mereka dapat digolongkan sebagai neo-tradisionalis.

Untuk memahami proses pengeluaran hukum yang mendorong fatwa keizinan untuk melakukan pembedahan tukar jantina (SRS) daripada kedua-dua ulama besar ini, kita perlu melihat bagaimana mereka membuka mata terhadap 2 kes wanita trans yang dikenali sebagai Sally & Maryam.

Saya diminta mengulas isu Sajat ke Tanah Suci. Ringkas jawapan saya, dia berhak. Tiada siapa boleh carik-carikkan haknya…

Posted by Bintang Kartika on Sunday, February 2, 2020

Islam tidak herdik golongan trans:

Untuk memutuskan kes Sally, Sheikh Tantawi telah melakukan ijtihad dengan memberi perhatian kepada qias sebagai salah satu sumber hukum.

Ini dilakukan berasas sebuah hadis yang mana Rasulullah tidak melarang kaum mukhannath masuk ke ruang perempuan sehinggalah baginda mendengar mereka memberi perincian tentang fizikal wanita itu kepada orang lain.

Berdasarkan kefahaman Tabari, Tantawi berpandangan kaum mukhannath tidak wajar disalahkan dan mesti dirawati.

Ini mendorong kepada langkah kedua di mana Tantawi memutuskan berdasarkan hadis yang setiap penyakit hendaklah diubatkan.

Tantawi seterusnya merujuk kepada hadis Ahmad bin Hanbal dan Muslim menerusi Jabir yang mana Rasulullah menghantar seorang pakar memotong urat dan menyembuhkannya dengan kaedah tersebut.

Berdasarkan perbincangan al-Qastallani dan al-Asqalani, Tantawi memutuskan SRS diperbolehkan. Di akhir sekali Tantawi menyatakan sesiapa yang ingin melakukan pembedahan hendaklah mendapatkan nasihat pakar perubatan dan bukan memandai.

Nak dipendekkan cerita, kedua-dua kes melibatkan Sally dan Maryam menunjukkan agama Islam tidaklah semberono mengherdik trans.

Malah ulama besar dalam dunia Sunni dan Syiah yang dianggap tradisional pun boleh menyantun dan beradab dalam mengeluarkan fatwa dan kenyataan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*