Terkini

Peniaga tanpa lesen ‘mengamuk’ barang niaga diangkut di Jalan TAR

SEKUMPULAN peniaga mengamuk apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipercayai telah membuat serbuan dan memunggah barangan niaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Insiden tersebut tular di media sosial yang berdurasi 27 saat itu memaparkan sekumpulan peniaga yang dipercayai tiada lesen berniaga sah dan seorang lelaki menjerit lalu melontarkan kata-kata kasar terhadap peguatkuasa DBKL yang bertugas ketika itu.

Walaubagaimana pun, pihak berkuasa tidak mengendahkan jeritannya dan meneruskan rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan penguatkuasa kerana bertindak sedemikian dan profesional.

“Jalan TAR ni dari awal-awal mula puasa DBKL dah serbu. Tapi esoknya diaorang meniaga semula, semalam mereka ni berani pergi niaga depan polis yang menjaga. Kesian jugak dekat DBKL, kalau serbu kata kejam, tapi kalau biarkan tak adil pula dengan peniaga yang ada permit,” kata Hafiz.

“Ni jenis-jenis peniaga nak untung banyak, tapi malas nak berurusan buat permit dan sebagainya. Bila di ambil tindakan, cakap tak sokong,” kata Hafiezeen.

“Lain kalau meniaga ikut undang-undang, jangan vbebel. Biar ada lesen atau permit, bukan main langgar je sebab tak adil bagi peniaga yang ada lesen,” kata Amy.

“Tak patuh undang-undang lepastu nak tunjuk gangster? Lepasni jangan kasi peluang dah, nanti lagi ramai yang jadi macam ni,” kata Kom.

Oleh itu, sikap bertimbang rasa perlu diterapkan serta sikap mementingkan diri tidak membawa kita kemana-mana hanya sesalan pada suatu masa nanti.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top