Kisah Pembinaan Lantai Masjid Haram dan Masjid Nabawi Yang Ramai Tidak Tahu

Kisah menarik ini diceritakan sendiri oleh arkitek yang bertanggungjawab memasang lantai yang diperbuat dari THASSOS MARBLE di kawasan Masjidil Haram yang hanya dapat diperolehi di Greece. Dia adalah Almarhum Muhammad Kamal Ismail.

Al marhum ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang di gunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang dikenali dengan nama رخام ثاسوس ابيض (Rukham thassus abyad) iaitu batu marble thasus putih.

Jom kita baca kisahnya yang sangat menarik ini

Beliau sengaja memilih untuk meletakkan batu granit berwarna putih di sekitar Masjidil Haram yang digunakan oleh para jemaah pengunjung yang bertawaf di sekeliling Kaabah dan di kawasan lain di dalam Masjidil Haram.

Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada di atasnya. Cerita yang mengatakan di bawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali.

Untuk pengetahuan semua, batu granit berwarna putih ini hanya terdapat di satu bukit kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan ia dengan nama THASSOS di negara Yunani atau nama lainnya adalah Greece.

Almarhum telah pergi melihat sendiri kawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dan syarikat pemilik batu granit ini. Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan Masjidil Haram.

Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong granit itu maka setelah perjanjian ditandatangani, beliau pulang ke kota Mekah dengan membawa batu granit putih ini. Dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai Masjidil Haram dengan sempurna.

Kemudian, setelah berlalu 15 tahun lamanya, kerajaan Arab Saudi meminta agar Almarhum meletakkan lantai batu granit putih yang sama digunakan di Masjidil Haram, diletakkan di seluruh lantai Masjid Nabawi di Madinatul Munawwarah.

Maka, beliau bercerita lagi… Pada saat saya mendapat panggilan dari office pemerintah Arab Saudi, saya menjadi takot sangat sangat kerana 15 tahun yang lepas saya telah mengambil sebahagian batu granit putih diletakkan di Masjidil Haram, itupun dikira bilangan yang sedikit, sebahagian lagi masih berbaki di Greece, takot takut ada orang lain yang membelinya.

Maka almarhum terbang ke Greece untuk membeli sebahagian yang lain jika ada.. .Maka beliau pun datang ke syarikat yang dahulunya beliau mengambil batu granit ini. Beliau berjumpa dengan pemiliknya dan menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian batu granit atas tujuan pemasangan lantai Masjid Nabawi.

Pemilik syarikat itu memberikan jawapan, sesungguhnya selepas tuan membeli sebahagian batu granit thassos pada 15 tahun yang lepas, ada orang lain yang datang telah membeli keseluruhannya. Mendengarnya, beliau menjadi sed1h, menang1s, h1ba sebak.

Dalam hidup saya, tidak pernah merasakan sed1h seperti apa yang saya rasakan saat ini kerana saya tidak mendapat apa yang saya mahukan. Sejak dari itu saya menjadi tidak keruan, air kopi pun saya tak sentuh…

Kemudian saya keluar dari office syarikat marble itu dan bergegas bookkan tiket pulang ke Arab Saudi hari berikutnya, sebelum itu entah kenapa saya terbuka hati untuk bertanya dengan sekretari siapakah yang membeli baki batu granit itu?

Beliau menjawab,, kami tidak pasti, sebab ini sudah terlalu lama,, 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya. Saya berkata padanya, tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya. Ini alamat hotel saya dan nombor talifonnya, hubungi saya jika dapat, saya masih ada satu hari lagi di sini.

Kemudian saya meninggalkan office syarikat itu dalam keadaan saya menangis terlalu sedih, saya tertanya-tanya kenapa saya mesti nak tau siapa yang beli batu itu? Saya terfikir, boleh jadi ada perkara yang Allah nak tunjuk pada saya yang saya tak tahu.

Maka esoknya beberapa jam sebelum saya ke airport untuk pulang ke Saudi, dapat satu panggilan dari syarikat batu ini, sekretari ini menalifon… Tuan,, datanglah ke office,, kami sudah temukan maklumat pembeli yang tuan mahukan.

Mendengarkan itu saya bergegas ke office syarikat itu, dalam masa yang sama saya tertanya tanya apa saya akan buat dengan alamat maklumat pembeli itu? Apa benda yang saya boleh lakukan benda dah 15 tahun punya cerita?

Kenapa sangggup saya bersusah payah semata mata nak dapatkan alamat pembeli ini? Sampai saya di office, saya mendapatkan alamat pembeli itu. Berderau drah saya melihat maklumat pembeli itu… rupanya pembeli itu dari salah sebuah syarikat yang beralamat di Arab Saudi,,

Apa lagi, saya terbang ke Arab Saudi, turun airport terus ke alamat yang diberikan! Sampai sahaja di office syarikat itu, saya bertemu dengan pemilik syarikat itu dan bertanya… Apa yang ia lakukan dengan batu granit yang mereka beli pada tahun tahun yang lepas di Greece?

Maka pemilik ini seakan akan lupa lalu berkata, saya tak berapa ingat hal itu, lalu beliau menalifon gudang dan memastikannya… Lalu ia berkata, atu granit itu masih ada di gudang, tidak tersentuh sikit pun. Saat itu saya menang1s teresak-esak seperti kanak kanak, sungguh sungguh saya menang1s… Pemilik syarikat ini bertanya, kenapa saya menang1s???

Saya pun menceritakan hal ini dari awal pembikinan Masjidil Haram sampailah permintaan kali kedua untuk Masjid Nabawi… saya ceritakan keseluruhannya. Kemudian saya berikan cek kosong kepada pemilik syarikat ini dan saya katakan padanya…

Tuan tulislah berapa yang tuan mahu saya bayar, saya akan membayarnya asalkan saya dapat kembali batu granit ini… Kemudian ia bersumpah dan berkata, Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia…

Setelah pemilik syarikat ini tahu yang saya ingin mendapatkan batu granit itu atas tujuan untuk pembinaan lantai Masjid Nabawi, ia berkata, saya tidak akan mengambil satu dirham pun dari kamu…

Batu batu granit ini saya hadiahkan saja pada kamu ikhlas disumbangkan pada jalan Allah.

Sesungguhnya Allah telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu dan Allah lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang lebih penting demi manfaat bersama…

Akhirnya batu ini diberikan kepada al marhum untuk dipasang di seluruh lantai Masjid Nabawi, ALLAAAAAHU AKBAR!!!!! Semoga allah cucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk usaha yang murni ini, aamin…

Sekian, perkongsian dari pak Arab..

Helmi Assyafie

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*