Makam Baqi’, Tempat Disemadikan Lebih 10,000 Ahli Keluarga Dan Sahabat Rasulullah SAW

JIKA di Tanah Suci Makkah, perku buran atau mak4m al-Ma’la adalah mak4m yang terkenal dan dianggap lokasi wajib untuk ziarah.

Di Madinah pula, mak4m yang wajib untuk ziarah dikenali sebagai mak4m Baqi’.

mak4m Baqi’ yang terletak berhampiran Masjid Nabawi di bahagian tenggaranya berkeluasan sekitar 174,962 meter persegi.

Ia juga dikenali dengan namanya, Jannatul Baqi’ atau sebutan Melayunya, Taman Syurga.

Catatan sejarah menukilkan bahawa jn4zah yang pertama disemadikan di perku buran mulia ini ialah jn4zah seorang golongan Ansar yang bernama Asa’ad bin Zararah manakala golongan Muhajirin pertama adalah Uthman Mahzun.

Selain itu, mak4m Baqi’ memiliki keistimewaannya yang cukup menggamit jemaah tatkala menziarahinya memandangkan di sinilah disemadikan jn4zah ahli keluarga dan sahabat Rasulullah SAW.

Dianggarkan lebih 10,000 sahabat Baginda SAW disemadikan di sini sekali gus mereka yang datang ke bumi Madinah al-Munawarrah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menziarahinya.

Sekadar menyebut beberapa nama tersohor yang rapat hubungannya dengan Rasulullah SAW yang disemadikan j4sad mereka di perku buran mulia seperti Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan, isteri Rasulullah SAW, putera Baginda SAW yang bernama Ibrahim, malah, j4sad Imam Mazhab Maliki iaitu Imam Malik bin Anas turut berada di sini.

Sesungguhnya, mak4m Baqi’ begitu dekat di hati setiap umat Islam. Rata-rata apabila berada di bumi kecintaan Rasulullah SAW, Madinah akan sedaya upaya mahu menziarah mak4m berkenaan.

Begitulah penulis semasa mengendalikan sekumpulan jemaah umrah dari Syarikat Busyra ketika cuti persekolahan akhir tahun lalu memasang impian mahu membawa jemaah kumpulan bimbingan untuk sama-sama berada di perkuburan yang dimuliakan Rasulullah SAW itu.

Penulis menzahirkan rasa syukur bersama ahli rombongan jemaah umrah apabila berjaya melihat sendiri situasi di kawasan perku buran berkenaan.

Semua jemaah berjalan penuh beradab melalui lorong pejalan kaki yang disediakan. Sesekali penulis sendiri seolah-olah berat kaki untuk meneruskan langkah kerana begitu sayu tambahan apabila mengetahui di mak4m ini bersemadinya ramai ahli keluarga besar Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Lantas seketika itu juga fikiran jiwa seakan-akan terawang-awang ‘mengingati’ butiran fakta sejarah silam berkenaan detik penuh getir yang terpaksa dilalui oleh mereka semasa menegakkan syiar Islam.

Sesekali juga fikiran penulis membisik rindu kepada Allah SWT dan terbit niat di hati kecil untuk bersemadi di mak4m berkenaan bersama ahli keluarga Baginda SAW serta sahabat.

Semasa membawa jemaah umrah cuti persekolahan lalu juga penulis ‘kehilangan’ seorang daripada jemaah rombongan apabila seorang pesara berusia 66 tahun ‘dipilih Allah SWT’ untuk men1nggaI dun1a di bumi penuh keberkatan ini.

Berbaki empat hari lagi mahu pulang ke tanah air selepas selesai menunaikan umrah dan ziarah di Makkah, rombongan jemaah mengunjungi pula Kota Kecintaan Rasulullah SAW, Madinah.

Di sinilah rupanya seorang ahli rombongan mengakhiri riwayat hidupnya. Penulis memanjat kesyukuran kerana jn4zah Allahyrham diizinkan untuk dikebu mikan di mak4m Baqi’.

Penulis yang bertugas sebagai ketua rombongan umrah ketika itu terasa cukup sayu namun sedar, inilah ‘rezeki’ 4rwh yang tidak terhingga.

Penulis adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*