Mata Merah Teruk, Jumpa Doktor Dapat Ubat Tapi Tak Baik Juga. Jumpa Ustazah Dan Rupa Ini Punca Mata Merah

Kadang kadang kita perlu ada usaha, doa dan tawakal dalam diri terutama bila kita uzur. Ada penyakit yang boleh diubat dengan perubatan moden dan ada perlu perubatan islam atau tradisional.

Kisah ini diceritakan oleh saudari Nurul Adeline Daud tentang apa yang berlaku terhadap diri beliau. Semoga menjadi ikhtibar untuk kita terutama kaum hawa.

Bukan sakit mata. G jumpa doktor tanya sakit tak. Tak sakit. Mata ada tahi tak? Takde. Mata gatal2 tak? Takde. Doktor bg ubat je. Tak berkesan ubat doktor. Mata still merah macam hantu raya.

G jumpa ustazah,Allahu, badan aku jin keluar masuk. Badan aku lemah. Mata merah sbb jin keluar masuk dlm badan.

Ustazah cakap jin da sebati dlm diri. Solat tak pernah cukup. Wudhuk tak pernah ambil betul-betul. Pakaian dulu sexy2. Tak pernah tutup aurat dgn sempurna.Betul tak? Maaf sy terpaksa cakap mcm ni. Sebab tu jin suka dgn awk.

Aku tunduk diam. Malu depan ustazah. Allah mmg dulu aku jahil. Ustazah cakap, diri aku kosong. Zikir dan Allah x pernah ingat. Aku jauh tersesat smpaikan jin suka aku.

Ustazah pesan, balik rumah mandi dgn air ni. Lepas tu ambil wudhuk betul-betul. Pastikan air rata. Kemudian solat. Jangan pernah sesekali tinggal solat.

Mulut hati kena sentiasa berzikir ingat Allah. Jaga aurat betul-betul. Insyallah dgn izin Allah mata awk akan elok balik. Jin akan kepanasan tnggal dlm diri awk.

Balik je dr rumah ustazah. Terus mndi. Ambil wudhuk betul-betul. Solat. Demi Allah mata terus normal balik. Dah tak merah. Pdahal da seminggu dok merah. Benda ni aku x pernah caya tp da jadi dkt diri sndiri mmg takut.

Malam-malam sebelum tido wajib pasang ruqyah bru dapat tido. Allahu dulu aku igt aku insomnia. Rupanya gangguan jin je. Bila pasang ruqyah je aku akan trus tertido.

Now masih lg berubat. Aku akan usaha juga utk ckupkan solat 5 waktu. Mulut sentiasa berzikir. Aurat aku pastikan tutup smua nya. Takut bila fikir balik. Susah sebab jin da sebati dalam diri. Dia da suka aku. Semoga aku cepat sembuh.

Ni lah cerita disebalik kenapa aku tiba-tiba berubah. Dari aku yg jahil kepada aku yang sekarang. Alhamdulillah. Semua yang jadi bersebab. Allah sayang aku. Sebab tu aku diuji. Supaya aku sentiasa ingat Dia.

Sumber: FB Nurul Adeline Daud

Kemaskini: KL Viral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*