Pahala Terakhir Anak Kepada Orang Tua Sebelum Dia ‘Pergi’. Apa Anak Ini Buat Mengejutkan Semua Orang

Gambar diatas hanya sekadar hiasan

SEORANG abang menyangka tindakan adik bongsunya menghulur wang kepada bapa mereka adalah pemberian terakhir, sebelum mening gal dunia dalam kema langan di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Muhammad Syafiqal Othman, 20, mening gal dunia di Hospital Port Dickson akibat ced3ra parah di kepala.

Pahala Terakhir Seorang Anak Kepada Orang Tuanya

Sebelum kejadian, Muhammad Syafiqal menghulurkan wang kepada bapanya, Othman Md Dom, 59, sebelum menunggang motosikal jenis Honda dari rumahnya di Kampung Nelayan, Kuala Linggi ke Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang, Port Dickson.

PERKARA YANG JARANG BERLAKU

Abang mangsa, Muhammad Syafinaz, 25, berkata tindakan Allahyarham itu bukan setakat mengejutkan bapanya, malah anggota keluarga lain juga kerana sebelum ini dia jarang berbuat demikian.

“Arw4h adik menghantar manggis kepada teman wanitanya di kampung itu, tetapi terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang.

“Kami tidak sangka wang itu adalah pemberian terakhirnya untuk ayah, sebelum pergi mening galkan kami untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Nelayan hari ini.

Muhammad Syafiqal yang juga anak bongsu daripada lapan beradik bekerja di bahagian pemunggahan barang di Pelabuhan Kuala Linggi di sini.

Jenaz4hnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan di sini.

BAGAIMANA KEM4LANGAN BOLEH BERLAKU

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidisham Mohamad, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dipercayai cuba memotong sebuah lori.

Bagaimanapun, katanya, motosikal mangsa merempuh dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu anggota tentera berusia 29 tahun dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa yang ced3ra kemudiannya di bawa dengan ambulans ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan, sebelum disahkan mening gal dunia pada jam 10.50 malam tadi.

“Pemandu kereta terbabit tidak mengalami keced3raan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*