Rakaman Detik Detik Ulama KH Buchori Dijemput Allah SWT Ketika Sedang Beri Ceramah Maulidur Rasul Dan Ini Kata Kata Terakhir Arw4h Ketika Itu

Khusnul khatimah atau akhir hidup yang baik adalah suatu kondisi dimana seorang mukmin diberi taufiq oleh Allah sebelum datangnya k3matian untuk meninggalkan segala perbuatan yang mendatangkan murka Allah Azza wa Jalla, bersemangat melakukan ketaatan dan mengerjakan berbagai kebaikan kemudian dia menutup usianya dengan kebaikan.

Video Detik Ulama Indonesia Berada Di Bawah Artikel

Sebuah hadits Anas bin Malik yang diriwayatkan Imam Ahmad yang menunjukkan tentang khusnul khotimah pada seorang hamba, bahwa Rasulullah Shallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda;

ุฐูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจูุนูŽุจู’ุฏู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ุงุณู’ุชูŽุนู’ู…ูŽู„ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽูƒูŽูŠู’ููŽ ูŠูŽุณู’ุชูŽุนู’ู…ูู„ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠููˆูŽููู‘ู‚ูู‡ู ู„ูุนูŽู…ูŽู„ู ุตูŽุงู„ูุญู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ู…ูŽูˆู’ุชูู‡ู

โ€œApabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal.โ€ Para sahabat bertanya; โ€œBagaimana membuatnya beramal?โ€ beliau menjawab: โ€œAllah akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal shalih sebelum dia meninggal.โ€ (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Ulama Indonesia, KH Buchori dijemput Ilahi ketika sampaikan ceramah Maulidur Rasul

ULAMA Nahdlatul Ulama, KH Buchori Amin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang berceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Kejadian berlaku di Pondok AlIslahiyah Singosari, Malang di Jawa Timur.

Video detik ulama disegani ramai itu meninggal dunia pada Sabtu tular di media sosial.

Kata Kata Akhir Ulama Indonesia

“Sangat beruntung, sangat beruntung. Orang yang tidak pernah bertemu Nabi Muhammad saw tapi beriman dengan Baginda,” demikian kata-kata akhir KH Buchori ketika hayatnya.

Sebaik mengucapkan kalimah itu, pemimpin badan agama di daerah Malang itu dilihat terjatuh ke belakang dan lesu di kerusi.

Malahan, mikrofon yang dipegangnya juga terjatuh ke lantai.

Penganjur program bertindak pantas membawanya ke klinik berhampiran, bagaimanapun doktor bertugas mengesahkan beliau telah meninggal dunia di lokasi majlis berkenaan.

Di Twitter, video detik KH Buchori meninggal dunia dilihat dimuat naik pemilik akaun @t4jk3y dan mendapat maklum balas pelbagai pihak. – TribunJakarta.com

Sumber Artikel :ย MSTAR ONLINE

Rakaman Ulama KH Buchori menghembuskan nafas terakhir ketika memberi ceramah agama.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*