Ramai Kerumun Ustaz Azhar Idrus Ketika Dia Tiba Di Perhimpunan 812. Rakaman Video Ramai Yang Meminta Selfie Dan Bersalaman Dengan UAI

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Azhar Idrus turut menyertai Perhimpunan Ummah 812 berikut keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Azhar bersama-sama ratusan ribu peserta berhimpunan di Dataran Merdeka bagi menzahirkan penyatuan ummah yang telah berjaya mendesak kerajaan menolak ratifikasi ICERD baru-baru ini.

azhar-681x445

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy mengumumkan kerajaan akan menandatangani enam konvensyen antarabangsa termasuk ICERD dalam masa terdekat.

Pengumuman beliau itu mendapat tentangan pelbagai pihak sehingga lahirnya satu petisyen yang telah berjaya mendapat lebih 100,000 tandatangan. Petisyen tersebut digerakkan peguam Lukman Sheriff Alias. – Sumber Artikle : Malaysia Gazette

Video Ustaz Azhar Idrus Hadir Ke Perhimpunan ICERD

“Jangan tinggalkan saya ustaz” dan “Ustaz Selfie …” ini antara yang kedengaran apabila tibanya UAI di perkarangan perhimpunan tolak ICERD di ibukota Kuala Lumpur.

Mustapa Kamal nasihat PH hati-hati, rakyat memerhati

Bukan Ellie Suriati Omar dan kawan-kawannya saja yang turun menyatakan sokongan kepada kempen membantah idea meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) hari ini.

Dalam puluhan ribu manusia berbaju putih di Jalan Raja hari ini, salah seorang daripada mereka ialah pelakon Mustafa Kamal.

Dia yang memang dilihat tekal menyokong PAS ditemui di celah-celah orang ramai sempat memberi peringatan.

Kata Mustapa Kamal, Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati kerana rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.

“Pada kerajaan yang ada sekarang ini berhati-hati rakyat sedang memerhati kamu, apa saja keputusan yang kamu buat kamu kena berhati-hati,” katanya.

Sebelum ini kelibat pelakon, pengarah dan penulis skrip, Ellie, lebih menonjol.

Namun berbanding Mustapa Kamal, Ellie ketara mendekatkan diri dengan Umno, terutama anggota majlis tertinggi parti itu Lokman Noor Adam.

Ditanya mengenai kehadiran hari ini, Mustapa Kamal berkata, dia yakin sasaran penganjur untuk mengumpulkan kira-kira 500,000 orang tercapai.

Untuk rekod mengikut anggaran Malaysiakini pada kemuncak perhimpunan hari ini jumlah kehadiran ialah kira-kira 80,000. Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim pula menganggarkan jumlah kehadiran seramai 55,000 orang.

Kata Mustafa, sebagai rakyat Malaysia dia akan menyatakan bantahan terhadap Icerd tanpa mengira apa jua keadaan.

Malah kata pelakon berasal dari Kelantan itu, dia juga bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa rakyat akan berkumpul di Putrajaya pula sekiranya PH meratifikasi Icerd.

”Kita akan bantah tak kira walau dalam keadaan mana sekali pun. “Tengoklah nanti, insya-Allah,” katanya.

Sumber ArtikelMalaysia KINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*