Sesuatu Yang Tidak Disangka Dilihat Oleh Jemaah Haji Ketika Qiswah Kaabah Terselak Akibat Ribut Pasir. MasyaAllah!

Nampak tak garisan hitam seolah olah pintu dalam gambar ini? Kalau angin tak kuat petang tu, sampai sekarang kita tak tahu cerita ini.

Kiswah Kaโ€™bah tersingkap akibat ribut pasir yang menghantam Arab Saudi, Ahad (19/8/2018). Salah seorang jamaah haji mengupload foto detik-detik saat kabah tersingkap dan menunjukkan tanda yang merupakan bukti sejarah terlupakan.

โ€œAngin meniup Qiswah (kain penutup Kaโ€™bah) menunjukkan pintu kedua Kaโ€™bah yang dibangun oleh Abdullaah bin Al-Zubair yang kemudian diperintahkan ditutup oleh Hajjaaj bin Yusuf ketika Dinasti Ummayyah menguasai Mekah,โ€ kata Umar Faruk Sadiq, seorang guru Al Quran yang tengah menunaikan haji.

Dalam foto yang ia upload, tampak bekas pintu yang telah ditutup kembali tapi masihย  menampakkan garis bekas binaan lama.

Lihat gambar di Twitter

ุนู…ุฑูุงุฑูˆู‚ ุตุงุฏู‚
@UmarfarukSadik

The wind blows the Qiswah (covering cloth of the Kaโ€™bah) revealing the second door of the Kaโ€™bah that was built by Abdullaah bin Al-Zubair which was subsequently ordered closed by Hajjaaj bin Yusuf when the Ummayyad Dynasty took control of Makkah.

11,8 rb
04.22 โ€“ 20 Agt 2018
11,3 ribu orang memperbincangkan tentang ini

Info dan privasi Iklan Twitter

Twitnya itu pun menjadi viral. Saat berita ini ditulis, twit itu telah diretwit 5.795 kali dan difavoritkan oleh 5.873 pengguna Twitter. Ustadz Salim A Fillah termasuk salah seorang yang meretwit twit tersebut.

Sejumlah orang berterima kasih atas informasi dari Umar Marfuk Sadiq itu.

โ€œJazaakallah khair brother. This very educative. I never knew this before now. Stay blessed,โ€ kata @AishatuSulaima5

โ€œI never knew this. Thanks for the information. Subhanallah,โ€ kata @alagakemi

Kiswah Kabah dibuat dari sutera dengan hiasan ayat-ayat Al Quran yang dijalin dengan menggunakan benang emas.

Setiap tahun kiswah diganti pada saat para jamaah haji sedang berada di Gurun Arafah untuk melakukan wukuf. (Sumber : Kaki Viral)

Benarkah Kaabah Mempunyai Dua Pintu?

============

1. Ketika berlakunya ribut yang kuat semalam, kelambu Kaabah telah terselak sehingga ternampak binaan batu yang seakan ada pintu yang telah ditutup. Ada yang bertanya, apakah Kaabah mempunyai dua pintu pada asalnya?

2. Melihat dinding Kaabah tersebut, teringat saya hadith Rasulullah๏ทบ yang menyatakan bahawa Rasulullah๏ทบ berharap agar Kaabah dibina dengan binaannya yang asal dan Rasulullah berhasrat untuk membuat dua pintu untuk Kaabah. Tetapi bimbang kerana Quraysh akan membantah, maka binaan sedemikian tidak diteruskan. Perbualan antara Rasulullah๏ทบ dengan Saidatina Aisyah ini direkodkan di dalam Sahih Muslim:

ุนู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฒูŽูˆู’ุฌู ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽุŒ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซุฃูŽู„ูŽู…ู’ ุชูŽุฑูŽูŠู’ ุฃูŽู†ูŽู‘ ู‚ูŽูˆู’ู…ูŽูƒู ุญููŠู†ูŽ ุจูŽู†ูŽูˆู’ุง ุงู„ู’ูƒูŽุนู’ุจูŽุฉูŽ ุงู‚ู’ุชูŽุตูŽุฑููˆุง ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽูˆูŽุงุนูุฏู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽยป ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ููŽู‚ูู„ู’ุชู: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุฃูŽููŽู„ูŽุง ุชูŽุฑูุฏูู‘ู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ู‚ูŽูˆูŽุงุนูุฏู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŸ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ: ยซู„ูŽูˆู’ู„ูŽุง ุญูุฏู’ุซูŽุงู†ู ู‚ูŽูˆู’ู…ููƒู ุจูุงู„ู’ูƒููู’ุฑู ู„ูŽููŽุนูŽู„ู’ุชูยป

โ€œRasulullah๏ทบ berkata kepada Aisyah: Tidakkah engkau tahu bahawa kaummu Quraysh telah membina Kaabah kurang (atau tidak sempurna) dari binaannya yang asal yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Lalu Aisyah berkata: Mengapa engkau tidak mendirikannya semula sesuai dengan asas binaan yang dibina oleh Nabi Ibrahim? Lalu Rasulullah๏ทบ menjawab: Kalaulah bukan kerana kaummu masih dekat dengan kekufuran, maka aku telah binanya semula (seperti yang dibina oleh Nabi Ibrahim)โ€

3. Menurut hadith ini, Kaabah yang dibina oleh Quraysh sebenarnya adalah tidak sama dengan binaan asal yang dibuat oleh Nabi Ibrahim. Sewaktu pembinaan semula Kaabah, Qurasyh menghadapi kekurangan bajet sehingga HIjir Ismail yang pada asalnya adalah sebahagian dari Kaabah telah terpisah dari Kaabah. Dalam riwayat Muslim juga disebutkan:

ูˆู„ุฌุนู„ุช ู„ู‡ุง ุจุงุจุง ูŠุฏุฎู„ ุงู„ู†ุงุณ ู…ู†ู‡ ูˆุจุงุจุง ูŠุฎุฑุฌูˆู† ู…ู†ู‡

โ€œdan aku akan membina bagi Kaabah ini dua pintu, satu pintu untuk manusia masuk dan satu pintu untuk mereka keluar.

Manakala di dalam Sahih al-Bukhari pula, Rasulullah direkodkan sebagai menyebut:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูŠูŽุง ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉู ู„ูŽูˆู’ู„ูŽุง ุฃูŽู†ูŽู‘ ู‚ูŽูˆู’ู…ูŽูƒู ุญูŽุฏููŠุซููˆ ุนูŽู‡ู’ุฏู ุจูุดูุฑู’ูƒู ู„ูŽู‡ูŽุฏูŽู…ู’ุชู ุงู„ู’ูƒูŽุนู’ุจูŽุฉูŽ ููŽุฃูŽู„ู’ุฒูŽู‚ู’ุชูู‡ูŽุง ุจูุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ุชู ู„ูŽู‡ ุจูŽุงุจูŽูŠู’ู†ู ุจูŽุงุจู‹ุง ุดูŽุฑู’ู‚ููŠู‹ู‘ุง ูˆูŽุจูŽุงุจู‹ุง ุบูŽุฑู’ุจููŠู‹ู‘ุง

“Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, kalaulah bukan kerana kaummu masih dekat dengan kekufuran, maka aku akan runtuhkan kembali Kaabah, aku rapatkankan binaannya dengan tanah dan aku bina bagi Kaabah itu dua pintu, satu di timur dan satu di barat.”

4. Apabila sampai zaman Abdullah ibn Zubair menjadi Gabenor Mekah, Kaabah telah terbakar dan beliau memperbaiki Kaabah selaras dengan hasrat Rasulullah๏ทบ iaitu membina baginya dua pintu. Namun setelah beliau meninggal, Khalifah sesudahnya iaitu Abdul Malilk menutup pintu itu kembali kerana perselisihan yang berlaku antara mereka.

5. Apabila tiba zaman Khalifah al-Mahdi, beliau ingin membinanya semula seperti yang dibina oleh Abdullah ibn Zubayr, tetapi telah dihalang oleh al-Imam Malik. Al-Imam Malik menyatakan bahawa: โ€œJanganlah Kaabah ini menjadi permainan pemerintahโ€. Lalu Kaabah kekal atas keadaannya yang sedemikian. Kesungguhan Khalifah Abbasiyyah untuk membina Kaabah seperti yang disarankan oleh Rasulullah direkodkan didalam Fath al-Bari oleh Ibn Hajar. (turut dinyatakan pandangan Ibn Abd al-Barr dan al-Qadi ‘Iyad).

6. Perselisihan pimpinan Muslim terkadang menjadikan mereka menzahirkan pandangan mereka dan mengaplikasikannya pada sesuatu yang bukan utama. Sehinggalah al-Imam Malik memberikan pandangannya yang tegas dan berharap tumpuan diberikan kepada perkara yang lebih utama seperti kesatuan Ummah.

Moga terdapat pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa sirah ini.

Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Artikel By Kualalumpur Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*