Suami Tidak Percayakan Rawatan Islam Sehinggalah Ustaz Ini Datang Dan Segala Rahsia Terbongkar

Gambar diatas hanya sekadar hiasan

Kisah ini berdasarkan dari Ustaz Norazri Medzlan, apa yang akan anda baca memang selalu terjadi dalam masyarakat kita.

Semoga kisah ini boleh dijadikan ikhtibar. Insyallah.

SAKIT TETAPI DOKTOR HOSPITAL BERITAHU DIA SIHAT

Sebelum arwah suaminya meninggal. Suaminya mengadu kerap sakit kepala dan mimpi yg menakutkan seperti jatuh dari tempat tggi, berada di perkuburan, di kelilingi dgn binatang berbisa. Arwah suaminya susah untuk pergi ke pusat rawatan islam. Ia kata ia tiada gangguan dan tak percaya benda2 mestik ni.

Hari ke hari suami nya mula tidak selera makan, batuk tak berhenti, sesak nafas, demam di waktu malam dan emosinya berubah (nak marah je) semua belaku dlm masa yg sangat singkat. Keluar masuk hospital namun doktor sah kan beliau sihat.

TIDAK PERCAYA PADA RAWATAN ISLAM

Puas isterinya ajak ke perubatan islam, tapi arwah suaminya tak percaya. Ada juga isterinya buat rawatan melalui jarak jauh namun tetap sama. Saya tanya kenapa suaminya tidak mahu ke pusat rawatan islam?. Apa yg isterinya tahu, suaminya dah tak percaya dgn utz2 yg merawat sbb arwah ayahnya penah kena tipu ribuan ringgit semasa arwah ayahnya berubat di satu tempat.

Sejak dari itu suaminya tak percaya dgn utz2 ni. ( nila setitik rosak susu sebelanga). Hari ke hari kesihatan suaminya semakin teruk. Sehingga suaminya tidak mampu bergerak hanya terbaring. Isterinya panggil sy utk rawat suaminya dirumah. Bila sy tgk suaminya dah kronik. Alhamdulillah suaminya terima kedatangan sy dgn senyuman. Selesai rawatan saya tanya ada sakitkan hati sesiapa ke?.

SEGALANYA TERBONGKAR..

Beliau diam sambil pejam mata. Dengan nada slow beliau bagi tahu sy, ada orang utang duit dgn beliau, tapi bila beliau mintak org tu maki hamun dia. Sehingga ada sedikit pergaduhan. Daripada kejadian itu beliau rasa gelisah utk tidur, tidak sihat sehingga beliau menghembus nafas terakhir 2 mggu lepas. Kerana duit hilang pertimbangan.

Kredit : Norazri Medzlan

Jika rasa kisah ini bermanfaat, sila kongsikan.. Insyallah dipermudahkan ..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*