Subhanallah, Ibu Kepada Wira All Blacks Sonny Bill William Memeluk Islam

Peminat ragbi pasti mengenali lelaki yang mempunyai wajah seperti Channing Tatum ini. Beliau bukanlah Channing Tatum, tetapi beliau adalah Sonny Bill Williams, seorang pemain ragbi profesional yang bermain untuk All Black dan pernah bersama pasukan itu memenangi Rugby World Cup (RWC) pada tahun 2011 dan 2015.

Williams dilahirkan pada 3 Ogos 1985 di Auckland, New Zealand, kepada pasangan John dan Lee. Beliau mempunyai seorang abang, dan 2 orang adik perempuan kembar.

Williams membesar dalam keluarga kelas pekerja di sebuah rumah di pinggir bandar, iaitu di Mount Albert.

“Allahuakbar, ibu Sonny Bill Williams peluk Islam”

IBU bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams dan rakan baik pemain itu memeluk Islam tidak sampai dua minggu selepas apa yang terjadi di New Ze aland baru baru ini

Ibu kepada atlet yang berusia 33 tahun itu, Lee Williams dan rakan sepasukannya Ofa Tu’ungafasi mengucapkan dua kalimah syahadah pada Selasa.

Gambar peristiwa bermakna itu dimuat naik oleh rakannya yang juga seorang Muslim, John Fontain.

Gambar tersebut menunjukkan Tu’ungafasi memakai jubah putih dan berdiri di samping Williams.

Rakan Sonny Bill (kiri), Tu’ungafasi (kanan) memeluk Islam pada Selasa. – Instagram @johnfontain

“Allahuakbar, hari ini ibu Sonny Bill Williams dan rakan pasukannya Offa Tu’ungafasi telah menerima Islam.

“Semoga Allah menjadikan mudah bagi mereka dan mengurniakan mereka syurga firdaus. Amin,” kata Fontain.

Kedua-dua mereka memeluk Islam selepas sedekad Sonny Bill menjadi seorang Muslim dan berhenti mengambil minuman beralkohol.

Sonny Bill bertemu dengan mangsa yang terselamat daripada insiden tembakan itu di hos pital yang terletak di South Island, New Zea land pada Sabtu.

Tu’ungafasi dan pemain Richmond Tigers, Bachar Houli turut serta dalam kunjungan tersebut.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*