Subhanallah, Lelaki Ini Kongsi 5 Cara Bagaimana Untuk Pahala Sentiasa Berjalan Walaupun Kita Sudah Tiada.

Bagi umat Islam, pahala adalah bekalan paling penting selepas sudah tiada. Tidak ramai tahu pahala boleh diperolehi dengan cara yang mudah.

Kita akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mendapat pahala yang banyak. Segala kekayaan di dalam dunia tidak akan dinilai selepas kita sudah tiada. Hanya pahala sahaja akan menjadi ‘matawang’ kita nanti.

Sekiranya kita ‘mewah’ dengan pahala, insyallah kita akan dapat keberkatan nanti. Mari baca artikel tentang bagaimana pahala boleh masih berjalan walaupun kita sudah tiada di muka bumi Allah SWT ini.

Petikan di bawah di ambil dari laman sosial Facebook Encik Najmi Farisham

Ada seseorang hantarkan nasihat ini di grup WhatsApp kami. Jadi aku terjemahkan ke bahasa Melayu mengikut kesesuaian masyarakat kita.

Katanya ada 5 cara untuk memastikan pahala sentiasa mengalir masuk walaupun setelah kita meninggal dunia nanti:

1. Wakafkan mushaf al-Quran di mana-mana surau, masjid, sekolah tahfiz dan agama.

2. Dermakan kerusi roda untuk kegunaan di rumah kebajikan atau rumah sakit.

3. Ambil bahagian dalam pembinaan masjid walaupun sekadar infak RM10.

4. Sediakan air mineral di tempat awam seperti taman, pantai dan lain-lain kawasan orang berkumpul. Mudah jika mereka dahaga, dapat melegakan kering tekak.

Di Arab Saudi, mereka mengagihkan air mineral ketika kereta berhenti di lampu isyarat. Letakkan di depan pintu masjid, kedai-kedai dan juga di jalanan.

5. Tanam pokok untuk kemudahan orang ramai mengambil manfaat daripadanya seperti berteduh dan memetik buah. Bahkan haiwan pun dapat merasa tempiasnya juga dengan membuat sarang di atasnya.

Dan yang paling senang lagi adalah, kongsi dan sebarkan kepada rakan kalian semua. Mereka baca dan amalkan hasil perkongsian kita. Mudah-mudahan dikira sebagai amalan baik oleh Tuhan yang Maha Berkuasa.

Semoga perkongsian diatas dapat manafaat. Kongsikan jika anda rasa berguna. Insyallah, dipermudahkan semua.

Sumber : Najmi Farisham

Artikel By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*