Tuan Guru Harun Din Pernah Pesan Cuba Berjalan Atas Rumput Tak Pakai Kasut. Rupanya Ini Sebab Kenapa.

Kenapa Ustaz Harun Din Pesan Cuba Berjalan Kaki Ayam Atas Rumput ..

Video dibawah menunjukkan 2 lelaki sedang berjalan di atas rumput hanya dengan berkaki ayam. Pesanan berkaki ayam ini pernah dipesan oleh arw4h Tuan Guru Harun Din satu ketika dulu.

Ini penjelasan kenapa kita patut berkaki ayam di atas tanah.

Negatif Cas Dari Bumi ..

Dalam bumi kita penuh dengan negatif cas kerana bumi ini akan dipanah petir beribu kali dalam sehari. Jadi dalam bumi kita penuh dengan negatif cas. Badan kita penuh dengan positif cas, mengikut penjelasan sebab kenapa badan kita penuh dengan positif cas adalah kerana teknologi zaman sekarang.

Zaman sekarang kebanyakkannya kita akan menghadap telefon bimbit, duduk di depan komputer atau rumah kita dekat dengan laluan kabel elektrik.

Bila kita berkaki ayam dan berjalan di atas tanah. Positif cas kita akan dineutralkan apabila negatif cas dari bumi masuk ke dalam tubuh badan kita.

Sebab itu kadang kadang kita rasa pening, badan tidak sihat atau badan rasa berat. Sebab tenaga dalam badan kita tidak seimbang.

Digalakkan kita baring diatas tanah dalam beberapa minit supaya mudah tenaga dalam badan kita dineutralkan.

Lihat video di bawah

Perkongsian ini kami tidak dapat sahkan dari mana mana pakar doktor. Tetapi tidak salah mencuba. Semoga semua dipermudahkan. Insyallah. – KLVIRAL

9 Fakta Tentang Tuan Guru Ustaz Harun Din

1. Dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Kangar, Allahy4rham merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik.

2. Allahy4rham mendirikan rumah bersama Datin Khadijah binti Haji Salleh dan dikurniakan lima orang cahaya mata: Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana.

3. Ketika belajar agama di Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Allahy4rham mengayuh basikal sejauh 20 kilometer setiap hari ke sekolah.

4. Allahy4rham dipanggil temuduga untuk menyambung pelajaran ke Kolej Islam Malaya selepas beliau mengirim surat permohonan bertulisan tangan sepenuhnya dalam bahasa Arab. Selepas ditemuduga, Allahy4rham diterima sebagai pelajar pada hari yang sama.

5. Allahy4rham memiliki kelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Doktor Falsafah Syariah dari Universiti Darul Ulum.

6. Selain aktif dalam bidang akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Allahy4rham juga giat menulis dan telah menerbitkan lebih 50 buah buku dalam bidang agama, politik, dan perubatan Islam.

7. Penglibatan Allahy4rham dalam Parti Islam se-Malaysia (PAS) mula aktif pada tahun 1975 apabila beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat dan Timbalan Mursyidul Am. Beliau menggantikan Allahy4rham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am pada 9 Mac 2015.

8. Allahy4rham bertanding di kerusi Parlimen Arau dalam tiga pilihan raya umum (2004, 2008, 2013) dan dalam kesemua percubaan tewas kepada calon UMNO.

9. Allahy4rham juga turut aktif menjadi ahli majlis penasihat syariah dalam sektor kewangan dan perbankan. Bank Negara, RHB, Public Bank, CIMB, dan Suruhanjaya Sekuriti merupakan antara institusi yang mendapatkan kepakaran beliau.

Sumber Rujukan : Astro Awani

Edited By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*