Jemaah Menteri Potong Gaji 2 Bulan Untuk Tabung Covid-19

Pada 25 Mac 2020 lalu, Mesyuarat Kabinet telah memutuskan bahawa dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong dan disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Hal ini telah membuktikan bahawa kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan daripada wabak pandemik Covid-19 ini.

Untuk pengetahuan anda, Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac 2020 yang lepas untuk membantu rakyat yang terjejas ekoran daripada wabak berjangkit ini. Sehingga semalam, wang sumbangan sudah terkumpul sebanyak hampir RM 8.5 juta. – BERNAMA

Berikut Adalah Sumber Dari Harian Metro

GAJI Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong selama dua bulan yang kemudiannya akan disalurkan ke Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dari satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.



“ Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

“ Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu,” katanya hari ini.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Sumber :HMETRO

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*