Jemaah Tabligh Laung Azan Dalam Wad, Solat Jemaah Bersama Dan Dengar Cakap Doktor

Sekumpulan jemaah tabligh yang menerima rawatan di hospital seluruh negara sentiasa mengisi masa terluang mereka dengan melakukan amal ibadah ketika menjalani proses kuarantin akibat Covd-19.

Terbaru, dua keping gambar mereka di dalam wad Hospital Sungai Buloh (HSB) dimuat naik seorang doktor perubatan yang kelihatan sedang melaungkankan azan sebelum menunaikan solat berjemaah.

“Pagi yang mendamaikan. Azan Subuh berkumandang di setiap cubicle. Setiap cubicle melambangkan tempat yang berbeza. Solat berjemaah dengan jarak satu meter berpisah antara satu sama lain,” tulis Amirul Asyraf.

Menurut Amirul, kira-kira 576 individu disahkan positif selepas hadir ke perhimpunan ijtimak di Masjid Jamek Seri Petaling yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Posting berkenaan menerima 1,500 tanda suka dan 938 perkongsian serta komen netizen yang rata-rata mendoakan agar petugas perubatan dan para pesakit dilindungi Allah SWT.

“Aku yang bagi usrah kali ni..” – Doktor

Moga cepat sembuh semua!

Bukan semua tak dengar cakap

Kredit : Amirul Asyraf, Ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*