Lelaki Sempat Rasa ‘Ditidurkan’ Dalam Ker4nda Kerana Lakukan Ini. Anda Mesti Terkejut

SHAH ALAM: Cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri selepas memecahkan cermin tingkap sebuah kereta ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, di sini, gagal apabila dia diberkas orang ramai.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, kegiatan suspek berusia 36 tahun itu disedari seorang lelaki yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan masjid berkenaan.

Menurutnya, lelaki terbabit menyedari suspek berada di sebelah sebuah kereta Perodua Axia dan sudah memecahkan cermin bahagian tepi kenderaan berkenaan.

“Lelaki itu kemudiannya menghubungi ahli kariah yang lain untuk membantunya menangkap suspek.

“Ketika pergelutan itu, pergelangan tangan kanan saksi terbabit berkemungkinan patah akibat terkena bampar kereta ketika menangkap suspek,” katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak kariah kemudian menghubungi anggota polis untuk menyerahkan suspek.

Dalam pada itu, rakaman suspek ditangkap turut tular di laman sosial sejak petang tadi yang memaparkan dia diikat dan diletakkan di dalam ker4nda jenaazah di masjid berkenaan.

Suspek kes pecah kereta kena masuk dalam ker4nda.

Lokasi : Masjid Al Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang pemuda sempat merasai ‘tidur’ di dalam ker4nda jenaazah selepas dia ditahan ketika cuba melarikan diri dalam satu kejadian di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18 di sini petang tadi.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan jemaah masjid berkenaan selepas lelaki berusia 36 tahun itu berjaya diberkas setelah memecahkan sebuah kereta Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, tindakan suspek disedari seorang lelaki yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan masjid berkenaan.

Keadaan cermin kereta yang dipecahkan oleh suspek petang tadi.

“Lelaki terbabit menyedari suspek berada di sebelah sebuah kereta Perodua Axia dan telah memecahkan cermin bahagian tepi kenderaan berkenaan sebelum bertindak menghubungi ahli kariah yang lain.

“Lelaki berkenaan turut memaklumkan tangannya berkemungkinan mengalami patah atau retak ekoran terkena bumper kereta semasa menangkap suspek berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharuddin berkata, pihak kariah kemudiannya menghubungi polis untuk menyerahkan suspek.

Terdahulu, satu rakaman video yang memaparkan suspek diikat dan ‘ditidurkan’ dalam sebuah ker4nda jenaazah hampir satu minit tular di laman sosial facebook. – K! ONLINE

Sumber : Kosmo, Berita Harian, Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*