Lelaki 80 Tahun S3mbelih Isteri Guna Parang. Bila Ditanya Kenapa Jawapannya Pasti Buat Anda Terpana

Rumah tangga yang dibina selama 40 tahun bagi satu pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan berakhir dengan kejadian yang menyayat hati.

Warga emas tersebut berumur 80 tahun, bertindak membuunuh isterinya yang berumur 60 tahun dengan cara menyembelih kepala wanita itu menggunakan parang. Namun, alasan di atas perbuatan tersebut tidak masuk akal sama sekali hanya kerana isterinya menolak permintaannya untuk melakukan hubungan intiim.

Difahamkan, pasangan yang telah mempunyai lima cahaya mata ini baru sahaja merujuk kembali kira-kira dua bulan selepas bercerai.

“Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan s3ks ditolak isterinya. Dia terus mengambil par4ng dan meny3mbelih mangsa,”kata jurucakap polis, Abdul Rahim.

Jelas beliau, pelaku juga sempat menunaikan solat sebelum tergamak menghabiskan riwayat isterinya itu.

”Pelaku sempat melakukan solat sebelum peristiwa itu terjadi, namun setelah selesai solat dia mendekati mangsa untuk mengajak melakukan hubungan tetapi ditolak,” kata Rahim.

Untuk memastikan motif pelaku, pihak berkuasa akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap lelaki tersebut.

Dia telah did4kwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sementara itu, anaknya menjelaskan bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berh4lusinasi dan berprasangka buruk kepada orang lain.

“Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik,” kata Andi Asrul. (Sumber : Siakap Keli)

S3mb3lih isteri kerana tolak s3ks

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*