Lelaki Ini Beritahu Kenapa Dia Perlu Minta Izin Dahulu Sebelum Rompak Kedai Sampai Pengurus Kedai Pun Naik Pelik

ORANG Jepun memang terkenal dengan adab dan sikap sopan santun mereka, tetapi satu insiden baru-baru ini mungkin dapat mengukur sejauh manakah tahap kesopanan mereka.

Tokyo: Seorang lelaki mungkin menjadi penjenayah paling sopan apabila meminta izin untuk merompak sebuah kedai serbaneka sebelum menyerah diri kepada polis selepas tidak mendapat keizinan pengurus premis berkenaan.

Media tempatan melaporkan, kejadian luar biasa itu berlaku pada 5 Oktober lalu di sebuah kedai serbaneka di bandar Ogori di wilayah Fukuoka.

Apabila permintaannya ditolak, dia terus meninggalkan kedai tersebut dan menyerah diri kepada polis.

Percubaan rompakan pelik ini berlaku pada 5 Oktober, di kedai serbaneka Lawson di Ogori City, Fukuoka, Jepun.

Menurut polis, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu memasuki kedai tersebut sekitar pukul 1.40 pagi dan memberitahu pengurus:

“Saya datang ni dengan niat mahu takutkan kami dan merompak kedai ini, bolehkah saya minta kamu bekerjasama dengan saya?.”

Dia bagaimanapun tidak mendapat jawapan yang diharapkan, jadi dia terus berlalu pergi tanpa mengambil apa-apa barang atau wang.

“Saya tak boleh buat macam tu,” pengurus kedai serbaneka yang terkejut dengan kesopanan perompak itu dilaporkan memberitahu lelaki berkenaan.

Kira-kira lima minit kemudian, lelaki itu datang ke sebuah balai polis berhampiran dan membuat pengakuan dia cuba merompak sebuah kedai.

Selepas menyiasat lelaki itu, pegawai menemui pisau dapur, tetapi tidak dikeluarkannya semasa meminta izin daripada pengurus kedai serbaneka untuk merompak.

Polis telah menuduh perompak sopan itu dengan cubaan untuk merompak, tetapi masih menyiasat motif jenayah itu.

Sumber : Mstar

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*