Lelaki Ini Buat Kerja Pelik Bila Dia Curi Semua Coklat Cadbury. Habis Licin Rak Dia Buat

Kebiasaan kita singgah di stesyen minyak bukan sahaja ingin mengisi minyak tetapi ingin beli barang barang yang ada seperti air minuman, makanan ringan atau benda benda lain lagi yang terdapat di stesyen minyak tetapi lelaki ini lain pula yang dia buat.

Satu rakaman CCTV yang dimuat naik oleh Stesyen Minyak Petronas, Jalan Perusahaan yang terletak di Pulau Pinang menunjukkan satu lelaki yang berperangai pelik telah membuat satu kerja mencuri. Kejadian ini berlaku pada 26hb September 2018 pada pukul 2.4o petang.

Stesyen Minyak Petronas ini meminta bantuan untuk mencari lelaki ini.

Curi Coklat Cadbury Satu Rak

Image may contain: one or more people

Lelaki tersebut telah mencuri coklat cadbury dari rak Petronas tersebut. Yang peliknya dia mencuri semua coklat jenama cadbury dan tidak ambil coklat jenama lain. Lelaki ini menyumbat semua coklat cadbury ke dalam seluarnya.

Video yang berdurasikan 2 minit itu mendapat ulasan netizen, ada yang mengecam Petronas tersebut dan ada yang kesal dengan tindakan lelaki itu.

Image may contain: one or more people

Netizen pelik mengapa ketika kejadian itu berlaku tidak nampak seorang pun pekerja Petronas? Kemana perginya pekerja Petronas kerana sememangnya tingkah lakunya amat mencurigakan.

Netizen juga memberi komen bahawa tidak perlu tularkan rakaman CCTV ini hanya kerana coklat cadbury. Munkin kerana anak anak lelaki ini inginkan coklat cadbury dan lelaki ini tidak mampu dan ini sebab kenapa dia curi.

Tetapi semua harus ingat, curi adalah curi dan ianya adalah salah di sisi undang undang negara dan undang undang Islam. Sekiranya anak dia terlalu mahukan coklat Cadbury rasanya tidak perlu untuk lelaki tersebut melicinkan satu rak coklat cadbury. Coklat jenama Cadbury ini tidak dijual dengan harga murah.

Setakat ini tiada update terbaru dan kami tidak tahu samada kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis atau tidak. Pengajaran untuk semua apa pun alasan anda, mencuri bukan jawapannya. Pihak Stesyen Petronas meminta bantuan untuk mencari lelaki tersebut. Sekiranya anda kenal lelaki tersebut mohon beritahu lelaki tersebut untuk ke Petronas itu semula. Tidak berbaloi untuk dikenakan hukuman hanya kerana coklat Cadbury.

SUMBER : Petronas Jalan Perusahaan

By: KL VIRAL

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*