Niat Nak Isi Minyak Dan Tidak Menyangka Perkara Tidak Baik Ini Akan Berlaku Ketika Di Stesyen Minyak

Malang tidak berbau, ayat ini memang selalu kita dengar bila ada benda tak baik terjadi. Memang betul malang tidak berbau kerana kadang kadang kita rasa selamat atau terlalu selamat dan kita pasti akan leka atau tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Kesian Kakak Ni .. Tak Pasal Je

Rakaman CCTV yang dimuatnaik ke laman sosial Facebook menunjukkan seorang wanita ini kerugian apabila keretanya dipecah masuk tetapi pencuri itu tidak perlu mengumpil pintu atau memecahkan cermin. Ini yang terjadi.

Kejadian berlaku pada 24hb September 2018 tetapi lokasi tidak dapat dipastikan. Rakaman CCTV stesyen minyak ini pada mulanya menunjukkan 2 penunggang motorsikal sedang mengisi minyak seperti biasa.

Muncul 1 kereta Myvii yang dipandu oleh wanita ini dan seperti biasa dia turun untuk pergi mengisi minyak dan sini lah berlaku kesilapan wanita tersebut. Kemunkinan dia sudah biasa mengisi minyak di situ dan tidak peka dengan sekeliling terjadi kejadian ini.

Di sebelah pam wanita ini terdapat seorang lelaki sedang mengisi minyak motorsikal. Ketika wanita ini beredar untuk membuat bayaran isi minyak samada dia sedar atau tidak dia tidak mengunci kereta dan barang barang berharga diletakkan di kerusi hadapan kereta.

Lelaki yang sedang mengisi minyak nampak semua ini dan kemunkinan lelaki ini sebenarnya seorang yang tidak baik. Dengan peluang yang ada dan kereta tidak berkunci lelaki ini mengambil keputusan untuk membuka kereta wanita ini dan semuanya habis diambil.

Wanita ini hanya mampu sekadar mengejar sekejap dan meminta tolong tetapi semua sudah terlambat. Kami tidak pasti samada laporan polis telah dibuat atau pun tidak

Pengajaran Untuk Semua

Jadi janganlah kita sambil lewa walaupun kawasan itu kawasan yang memang kita biasa. Mereka yang berniat jahat tidak perlukan masa yang banyak untuk buat kerja. Jadi kepada semua terutama kaum wanita, hati hati lah dan selalu lah kunci kereta anda walaupun hanya seminit.

By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*