Kena ‘Bahan’ Super Ring Oleh Warga Maya, Najib Razak Suruh Sharul Jaga Badan

Warga maya mengambil kesempatan ‘menganjing’ Najib Razak setelah dia disabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan terlibat dalam pengubahan wang haram oleh mahkamah.

Tidak terkecuali, pemimpin pembangkang dan wakil-wakil rakyatnya turut berbuat demikian selepas bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman 72 tahun penjara dan denda RM210 juta.

“ Satu Super Ring satu pertuduhan, berapa Super Ring ada di jari saya?” soal exco kerajaan tempatan Ng Sze Han sambil menunjukkan bagaimana makanan itu diletakkan di tujuh jarinya (gambar atas).

Najib terkenal dengan troll Super Ring selepas memulakannya pada Mei lalu sejurus selepas Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada Bersatu.

Sementara itu, daripada parlimen, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik gambarnya dengan empat bungkus makanan ringan rakyat Malaysia itu.

“ Malam ni balik lewat sikit. Masih di parlimen siapkan ucapan perbahasan esok.

“ Layan Super Ring dulu. Sedap,” tulisnya di Facebook.

Malam ni balik lewat sikit. Masih di Parlimen siapkan ucapan perbahasan esok. Layan super ring dulu. Sedap.

Posted by Shamsul Iskandar Mohd Akin on Tuesday, July 28, 2020

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi pula memuat naik gambarnya bersama tiga lagi wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor dengan kapsyen “Super Ring, anyone? (Siapa mahu Super Ring?”

Turut sama dalam gambar itu ialah Adun PH Selangor iaitu Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati), Wong Siew Ki (Balakong) dan Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama).

Najib pilih Shamsul

Sementara itu, Najib di Facebooknya hari ini ternyata sedar dengan semua troll itu.

Mengaku “seronok” dengan serangan itu, dia bagaimanapun tidak menjawab kesemua serangan itu tetapi memilih Shamsul sebagai sasaran balas.

“ Shamsul, jangan lebih. Jaga diet!” tulisnya.

Seronok juga tengok satu PH troll saya dengan Super Ring setelah keputusan mahkamah semalam.Saya troll satu PH kerana…

Posted by Najib Razak on Tuesday, July 28, 2020

Najib berkata dia belum pasti ke penjara kerana masih mempunyai peluang di peringkat mahkamah lebih tinggi dengan hujah yang kuat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International bernilai RM42 juta.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara dilaksanakan serentak.

Hukuman ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di mahkamah lebih tinggi.

MALAYSIAKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*