Kena panggil sejak 10 pagi, tapi sampai petang belum keluar. SP RM dedah sesuatu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan mereka menahan bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan hal itu kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai status Syed Saddiq.

Tidak,” katanya ringkas melalui WhatsApp sebentar tadi.

Sementara itu seorang pegawai Syed Saddiq, Luqman Long, sebelum itu menjelaskan ahli politik terbabit hanya dipanggil untuk membantu siasatan sekali lagi dan tiba di ibu pejabat agensi antirasuah tersebut di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut Luqman ahli parlimen Muar itu diminta SPRM untuk memberi keterangan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 baru-baru ini.

“ YB pagi tadi dia pergi SPRM lagi sekali sekitar 10 pagi.. tetapi dia masih dalam bangunan SPRM, tak keluar lagi,” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini petang ini.

“ Dia dipanggil untuk membantu siasatan mengenai duit di rumah dia,” jelasnya.

Semalam, Syed Saddiq terpaksa meninggalkan Dewan Rakyat lebih awal kerana dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan mereka.

Nafi ada motif politik

Beliau tiba di situ kira-kira jam 4 petang sebelum keluar tiga jam kemudian.

SPRM Nafi Syed Saddiq Ditahan

Terdahulu hari ini, terdapat dakwaan bahawa Syed Saddiq ditahan SPRM.

“ Tak betul. Setakat ini masih membantu siasatan. Belum ada penahanan,” jawab Luqman apabila diminta mengesahkan perkara tersebut.

Apabila ditanya mengenai butiran siasatan dari pihak SPRM, Luqman berkata agensi itu bertanya mengenai rekod kewangan Syed Saddiq sejak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 sehingga menyandang jawatan sebagai menteri.

Katanya, layanan SPRM juga adil dan hanya bertanyakan soalan yang berkaitan dengan siasatan.

Pada 25 Mac, Syed Saddiq membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dari peti besi di rumahnya.

Beberapa hari kemudian, beliau berkata sebahagian besar wang tunai yang dicuri dari kediamannya di Petaling Jaya adalah untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

Beliau turut memberitahu mengenai pecahan wang berkenaan, iaitu RM90,000 adalah miliknya manakala RM50,000 milik ibunya dan RM70,000 milik bapanya.

Kes itu berlaku ketika Bersatu mengalami konflik dalaman dan menyaksikan mana Syed Saddiq – yang merupakan ketua pemuda ketika itu – berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad.

Kalangan Pemuda Bersatu yang menyokong Mahathir mendakwa SPRM kini menindas mana-mana pihak yang menentang kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

Namun, SPRM menafikan sebarang agenda bermotifkan politik di sebalik siasatan tersebut.

Papagomo Buka Mulut

Berikut pula sindirin dari Papagomo mengenai situasi terkini Syed qsaddiq

“ Dapat berita Syed Saddiq telah ditahan SPRM. Walau Aku menyampah dengan Saddiq penipu ni Aku harap dia diperlakukan dengan adil sama seperti mereka yang sebelum ini ditahan. Baju Oren lokap SPRM mesti disarungkan tanpa ragu ragu.

Ehhhh, kalau tangkap hari Jumaat bermakna hari Isnin lah baru tuduh di Mahkamah. So 3 malam lah Saddiq tidor lokap coz mahkamah mana bukak Sabtu Ahad ni.

Harap Sabun jatuh Saddiq jangan kutip”

Makan Dalam Dewan Rakyat, Netizen P3rang Mulut Persoal Tindakan Syed Saddiq

Semalam Tindakan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman sekali lagi mendapat perhatian apabila dia dengan selambanya makan ketika Dewan Rakyat sedang bersidang.

Tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan menjamu selera di dalam dewan rakyat secara tidak langsung telah menerima pelbagai respon daripada pengguna media sosial termasuk Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan panggilan Papagomo.

Menerusi perkongsian tersebut, memaparkan Syed Saddiq sedang menjamu selera dengan makanan tersebut diisi dalam sebuah bekas plastik dan diletakkan di atas mejanya. Dalam pada itu, Papagomo menyuarakan pendapatnya bahawa tindakan Syed Saddiq dianggap kurang beradab dan tidak menghormati Dewan Rakyat. Menurut Papagomo, sekiranya Syed Saddiq begitu lapar alangkah baiknya jika dia keluar dan menjamu selera di kafe dan bukannya menjadikan dewan rakyat seperti kantin.

Sumber : kec0hape

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*