Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

” Kenapa ibu ayahnya tidak belikan baru sahaja? Beg baru harga RM30-RM50 kot. Takkan tak mampu.”

Demikian perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook beliau. Kisah ini dikongsikannya kira-kira 2 tahun lalu dan mendapat perhatian orang ramai yang mahu membantu.

Umum mengetahui Cikgu Fadli gemar berkongsi kisah-kisah realiti masyarakat yang menghadapi kesulitan hidup dan kebanyakannya adalah di kalangan murid beliau sendiri.

Berikut perkongsian Cikgu Fadli, kisah seorang murid dan beg sekolah buruknya;

Seorang murid berjalan kaki menuju ke bilik guru waktu pulang sekolah tadi. Aku yang mengekori dari belakang terasa sebak sungguh.

Kondisi begnya sangat teruk. Namun dia tidak patah semangat, setiap hari datang ke sekolah tanpa keluh kesah. Apakah dia tidak malu begnya seteruk itu?

Pasti ada sedikit rasa malu dan segan pada rakan-rakan. Pasti akan ada.

Apakah dia tidak mahu beg yang baharu? Siapa di dunia ini tidak inginkan barang yang baru, elok dan baik? Pastinya dia begitu juga.

Itu kata kita. Apa yang mereka dan keluarga mereka lalui mungkin jauh berbeza dengan tanggapan kita. Mungkin lebih teruk dari yang kita bayangkan. Mungkin untuk makan pun perlu pergi kedai Acheh berhutang.

Mungkin saja. Tiada siapa tahu keperitan sebenar sesuatu keluarga dalam meneruskan kehidupan.

Jika tidak, takkan ada seorang ibu menaiki motor buruk dari Tanjung Karang bonceng 3 anaknya ke Gombak menemui aku semata-mata untuk dapatkan beg percuma untuk 3 anak dia.

Anak yang kecil kat depan siap bantal tidur dalam bakul sebab perjalanan jauh yang sangat meletihkan. Ye lah, dari Tanjung Karang ke Gombak kot.

Tapi itulah realiti bila kesusahan melanda diri. Apa sahaja sanggup dilakukan demi kebaikan anak-anak. Betapa mereka bersyukur menerima bantuan beg sekolah percuma.

Projek Beg Sekolah ni aku dah run 4 tahun. Mencari dana dari kawan-kawan yang baik hati dan aku serahkan sendiri pada sasaran yang layak dan memerlukan.

Tahun lepas berjaya cari dana untuk lebih 2000 beg sekolah. Tahun ini entah berapa yang dapat aku pun tak pasti.

Selain itu cikgu Fadli turut berpesan kepada mereka yang berkeinginan untuk membantu

” Yang dah biasa join, akaun biasalah ya. Akaun DanaKITA tu. Itulah satu-satunya acc yang aku guna untuk setiap projek amal yang aku lancarkan.

” Yang baru nak join, SILA PM AKU TERLEBIH DAHULU. Fb ada limit, jika aku pm ramai orang dalam satu hari, aplikasi messenger aku akan diblock.

” Maka cara yang betul ialah kau orang pm aku dahulu. Aku akan respon perlahan-lahan ya. Maklumlah aku ni tiada p.a dan sibuk yakmat orangnya.”, akhiri beliau.

Meskipun kisah ini dikongsikan bagi tujuan kutipan dana untuk sesi 2019, namun orang tetap boleh menyalurkan sumbangan kerana beratus orang sedang menunggu bantuan yang diuruskan oleh cikgu Fadli.

Pertubuhan Kebajikan DanaKita
564221646925
Maybank

Terima kasih!

Kredit: fb cikgu Mohd Fadli Salleh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*