Kerajaan Umum Anak di Bawah 18 Tahun, Layak Dapat BSH RM 480. Lihat Syaratnya, Adakah Anda Layak

Berhadapan dengan krisis ekonomi akibat kesan daripada pandemik Covid-19, membuatkan banyak sektor terkesan sekaligus memberi tekanan kewangan dalam setiap institusi keluarga.

Justeru, kerajaan masih komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang layak, agar sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kewangan dalam kalangan rakyat.

Anak bawah 18 layak dapat bantuan
Dalam satu kenyataan media, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan bahawa keluarga yang mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, layak menerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bagaimana pun, maksimum empat orang anak sahaja yang layak mendapat bantuan dengan setiap orang menerima RM120 pada fasa ketiga yang akan dibayar sebelum akhir Julai ini.

Maksimum empat orang

Tambah beliau, BSH kali ini merangkumi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM 3 billion.

“ Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini…”

Untuk pemberian BSH, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 (RM350).

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 manakala, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 (RM400).

Rata-rata netizan melahirkan penghargaan atas usaha murni kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat

“ Syukur Alhamdulillah rezeki..terima apa yg kerajaan nak beri..jgn merungut itu ini..

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

ASTRO AWANI / trending sangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*