Dulu Vegan, Lelaki Kemaruk Kumpul View Mukbang Terlantar Hidap Obesiti

Mukbang yang popular sejak beberapa tahun lalu mungkin tidak asing bagi anda. Ia merupakan video siaran langsung seseorang makan dalam kuantiti yang sangat banyak sambil mengutamakan ASMR iaitu bunyi tekstur makanan saat digigit. Secara globalnya, ramai YouTubers yang berjaya meraih pendapatan lumayan hanya dengan ‘menjual’ content sedemikian rupa.

Populariti menggunung sejak tahun 2016

Salah seorangnya yang agak popular adalah Nikocado Avocado di mana namanya mula meletup sejak tahun 2016. Apabila sedar videonya mendapat sambungan hangat, hampir setiap hari dia memuat naik video mukbang terbaru selain terus mengumpul jutaan pengikut. Pun begitu, saban tahun saiz badannya semakin membesar sekali gus disahkan obesiti dengan berat ratusan kilogram.

Video

https://www.tiktok.com/@nikocadoavochesee/video/7015403004983643419?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7046370690249999874

Rupanya dahulu Niko adalah vegan…Langsung tak makan daging, hanya makan yang berasaskan tumbuhan

Lebih mengejutkan, rupanya suatu ketika dahulu Niko merupakan golongan vegan iaitu seseorang yang hanya makan sayur atau buah dan menolak sepenuhnya pengambilan makanan berunsurkan haiwan. Namun demi mengejar keuntungan melalui video mukbang, keadaan kesihatannya terus ditolak tepi tanpa menyedari akhirnya ‘memakan’ diri sendiri. Akibat masalah obesiti melampau, Nik pernah mendedahkan dia mengalami disfungsi erektil (masalah kesuburan) selain 3 tulang rusuknya terpatah ketika cuba baring di atas katil selepas bersin.

Video 2 

https://www.tiktok.com/@nikocadoavochesee/video/7015996128156011802?sender_device=pc&sender_web_id=7046370690249999874&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Hidap masalah depresi sejak kecil lagi

Namun dia masih belum serik dan meneruskan kerja ‘makan-makan’ itu seperti biasa. Sebelum ini melalui portal Insider, lelaki 28 tahun berkenaan mengakui mempunyai masalah depresi sejak kecil membuatkan dia ‘dahagakan’ perhatian dan ingin dipandang orang sebagai spotlight utama.

“Saya keluar masuk pusat terapi sejak umur 5 tahun. Makan ubat antidepress dari umur 7 tahun. Saya cuma nakkan perhatian. Saya ni macam ikan kecil di tengah laut. Lantaklah. Semua pun memang dah benci saya. Saya ambil kamera rakam jela”

Sumber/Kredit: kis4hdunia, TikTok waterweight4Public TikTok , Nikocado cheesee

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*