Terkini

Menu wajib waktu Lebaran, hidangan no.5 mungkin ada golongan Gen Z tak pernah rasa

VARIASI hidangan makanan menjadi antara tarikan pada setiap sambutan perayaan. Tanpa mengira bangsa, setiap kumpulan masyarakat itu mempunyai hidangan tradisi tersendiri yang menjadi menu utama buat seisi keluarga.

Begitu juga dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut mempunyai pelbagai pilihan juadah untuk dijadikan sebagai penyeri Lebaran.

Boleh dikatakan, sebilangan makanan diklasifikasikan sebagai ‘must have’ dan wajib untuk disajikan buat santapan keluarga dan tetamu.

Berikut merupakan lima senarai makanan wajib ada ketika perayaan Aidilfitri.

1. Lemang, ketupat dan rendang

Kombinasi lemang, ketupat dan rendang sangat menyelerakan dan sudah tentu salah satu juadah yang perlu dinikmati ketika Aidilfitri.

Rasa lemang dan ketupat yang berlemak dilengkapi dengan rasa rendang yang pedas serta manis sudah tentu dapat menaikkan selera mereka yang menikmatinya.

Kombinasi makanan ini juga mampu mengenyangkan dan ia juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Malah, makanan ini juga tidak lengkap jika tidak dinikmati bersama.

2. Nasi impit dan kuah kacang

Gandingan kedua-dua jenis juadah ini sama seperti lemang dan rendang kerana, rasanya saling melengkapi antara satu sama lain. 

Ia juga merupakan salah satu makanan kegemaran pilihan ramai kerana mempunyai rasa dan tekstur yang lazat. 

Nasi impit yang lembut dipadankan dengan kuah kacang yang pekat dan kaya memberikan pengalaman makan yang memuaskan, serta merupakan hidangan tradisional yang sering dikaitkan dengan suasana raya dan berkumpul bersama keluarga dan rakan.

3. Lontong

Lontong merupakan makanan yang dihidangkan bersama nasi impit dan gulai lemak bersama sambal. 

Lontong sering disajikan ketika majlis rumah terbuka kerana ia merupakan salah satu hidangan yang dicari-cari orang ramai ketika beraya. 

Ia juga merupakan salah satu sajian berkuah yang mudah untuk dinikmati dengan rasanya yang sangat unik dan menarik. 

4. Dodol

Dodol merupakan sejenis kuih atau pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung, gula dan santan sebagai bahan asasnya. 

Hidangan tradisi ini turut disenaraikan sebagai salah satu hidangan tradisi wajib ketika Hari Raya Aidilfitri. Memiliki rasa yang manis dan tekstur yang kenyal, membuatnya ia menjadi makanan yang disukai oleh banyak orang tanpa mengira peringkat usia.

Kombinasi dari aspek-aspek ini, dodol telah menjadi salah satu makanan ikonik yang menyemarakkan suasana Hari Raya dan memberikan kenangan manis bagi ramai orang.

5. Wajik

Wajik merupakan sejenis pulut yang dimasak bersama gula, santan dan daun pandan. Adunan akan dibiarkan sekitar sehingga benar-benar sebati dan sedikit mengeras.

Kemudian adunan berkenaan akan dipotong mengikut bentuk yang bersesuaian atau dibalut dengan plastik lutsinar.

Wajik turut menjadi pilihan ramai sebagai salah satu juadah pada Aidilfitri kerana ia memiliki variasi rasa yang manis di tambah pula dengan kelapa parut atau kekacang yang disesuaikan dengan selera individu.

Hal ini menjadikan wajik sebagai pilihan yang fleksibel dan menarik bagi setiap individu yang mempunyai selera yang berbeza.

Bagaimanapun, kuih tradisional ini agak kurang disajikan secara komersial sehinggakan ada sebilangan kumpulan Gen Z tidak mengetahui kewujudan kuih ini, termasuk cara pembuatannya. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top