‘Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga bangga dengan mu’ Pelajar Sebak Bawa Keputusan UPSR Ke Pusara Ibu

Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang disisi opah. Perjalanan mu masih jauh. Jika mama ada disisimu saat ini pasti…

Posted by Aishah Mat Akat on Wednesday, November 20, 2019

Umum sedia maklum, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan hari ini.

Sudah tentu individu yang paling berdebar menanti keputusan peperiksaan ialah para ibu bapa selain pelajar itu sendiri.

Namun, bukan semua pelajar mempunyai peluang untuk meraikan keputusan masing-masing bersama ibu bapa.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Aishah Mat Akat telah memuat naik gambar cucunya yang menziarahi pusara ibunya sambil membawa slip keputusan UPSR.

Cucunya yang dipanggil Ila itu kelihatan sebak di hadapan kuubur ibunya ketika menunjukkan keputusan yang telah diperolehinya.

Perkongsian tersebut telah mengundang perasaan sebak dalam kalangan netizen sehingga mendapat lebih daripada 3,600 perkongsian.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar Ila tabah dan terus belajar dengan tekun sekaligus membalas jasa nenek suatu hari nanti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : FB Aishah Mat Akat

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*