‘Sebelah Dukung, Sebelah Tangan Lagi Cari Rezeki’ Bapa Tunggal Ini Bekerja Sebagai Tukang Tampal Tayar Sambil Dukung Anak Undang Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib seorang lelaki yang terpaksa membawa anak perempuannya ke tempat kerja demi mencari sesuap nasi.

Sungguh besar pengorbanan ayah ini, sesulit mana pun hidupnya, sama sekali dia tidak mahu membiarkan anaknya yang baru kehilangan ibu berasa kurang kasih-sayang.

Tanyalah pada mana-mana ibu atau bapa tunggal di luar sana, tidak mudah bagi mereka untuk membesarkan anak-anak sendirian tanpa isteri atau suami.

Begitu juga dengan kisah bapa tunggal ini, yang telah kehilangan isteri sejak beberapa bulan lalu. Kini dia memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada anak perempuannya yang masih lagi kecil.

Kisah pilu harus dihadapi bapak satu ini, beliau yang berprofesi sebagai tukang tambal ban kini harus mengasuh anak perempuannya seorang diri, dengan berbekal kain, anak bapa satu ini pun digendongnya saat bekerja bahkan sampai tertidur lelap

Disaat butuh perhatian lebih dari seorang ibu saat usianya beranjak besar, takdir berkata lain, ibunya meninggal kurang lebih 3 bulan lalu karena sakit dan meninggalkan malaikat kecil serta bapaknya tersebut

Lokasi beliau ada di Jln. Kh. Abdullah Bin Nuh, Rancagoong (samping penjual es kelapa), sekitaran TW Hotel

Bismillah, untuk warga Cianjur dan orang – orang baik lainnya, bila melewati jalur tersebut bisa isi angin atau berikan sedikit bantuan untuk keluarga kecil ini

Hatur nuhun infonya @elsabanafe

Difahamkan, lelaki itu baru sahaja kematian isteri sejak tiga bulan yang lalu akibat penyakit.

Oleh kerana tiada siapa yang sudi menjaga anaknya, dia terpaksa membawanya ke bengkel tempat dia bekerja sebagi tukang tampal tayar kenderaan.

Cekal bekerja sambil gendong anak

Berasal daripada Cianjur, Indonesia, kisah bapa itu mula tular di Instagram pemilik akaun Visit Cianjur, yang memuat naik video memaparkan bapa itu sedang berkerja sambil menggendong anaknya.

Meskipun terpaksa melakukan pekerjaan berat sebagai penampal tayar, bapa itu tidak mahu anak kecilnya kurang perhatian dan menjaga sendiri anaknya tanpa bantuan orang lain.

Sebelah tangan lagi cari rezeki

Menerusi gambar yang ditularkan di media sosial, lelaki itu memegang anaknya dengan tangan kiri sementara tangan kanannya digunakan untuk mengangkat tayar kenderaan milik pelanggan.

Lihatlah, disebelah tangan dia menggendong anak sehingga tertidur di bahu, manakala sebelah lagi tangan digunakan untuk bekerja bagi mencari rezeki buat keluarganya.

Gambar dan video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata sebak melihat kesungguhan bapa tunggal itu mencari rezeki halal buat diri dan anaknya.

Malah, mereka turut mendoakan agar dua beranak itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

 

Nota Kaki: Admin mendoakan Semoga, dilorongkan jalan rezeki buat bapa ini dan dapatlah dia membesarkan anaknya dengan sempurna, agar dapat menjadi seorang insan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Aminn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Visit Cianjur

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*