Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT, apa yang akan terjadi kepada setiap umat di bumi ini kita tidak tahu. Apakah pengakhiran seseorang, ada yang dilahirkan sebagai bukan islam tetapi bila pergi nanti akan pergi sebagai seorang muslim dan ia juga boleh berlaku sebaliknya.
Kisah yang akan diceritakan bagaimana seorang bukan islam tergerak hati untuk buat kebaikkan di rumah Allah SWT. Jom Baca ..
Lelaki Bukan Muslim Ini Pergi Masjid Setiap Hari Jumaat Susun Selipar
Tindakan seorang lelaki bukan muslim yang dikenali sebagai âUncle Stevenâ menyusun selipar dan kasut di luar masjid, tular di laman sosial Facebook (FB).
Gelagat âUncle Stevenâ disedari seorang jemaah masjid dikenali sebagai Irfan Mustapha yang kemudiannya bertindak mendekati lelaki tersebut.
Menurut Irfan dia terpanggil untuk mendekati âUncle Stevenâ kerana setiap minggu pada hari Jumaat, lelaki berbangsa Tionghua itu pasti datang ke masjid dan menyusun kasut serta selipar Jemaah masjid yang bersepah.
JAWAPAN KENAPA DIA SUSUN SELIPAR
âSaya tanya kepada dia (âUncle Stevenâ), kenapa dia selalu ke sini menyusun selipar. Dia tidak berkasut tetapi tetap gigih datang walaupun dalam cuaca yang tidak berapa elok.
âJawapan dia, simpleâŚKatanya nampak kemas!,â tulis Irfan menerusi sebuah perkongsian di Fbnya baru-baru ini.
Kata Irfan, âUncle Stevenâ memberitahu akan cuba datang setiap minggu kerana tempat tinggalnya sangat dekat dengan masjid tersebut.
âDia akan menyusun semua kasut dan selipar yang berterabur itu dengan kemas. Setiap kali waktu sembahyang Jumaat, dia akan datang ke sini.
âSaya terpegun melihat âUncle Stevenâ, tambah-tambah lagi dia bukan seorang muslim. Dia buat saya tersedar yang kepercayaan dan peganngan berbeza bukanlah halangan untuk kita menghargai sesama kita.
âWalaupun apa yang dilakukan âUncle Stevenâ nampak âkecilâ tetapi ada sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran dan penghargaan,â tulisnya.
Sumber/Kredit: GEMPAK DOT COM
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Di zaman Nabi Adam Allah menghantar burung mengajar Qabil bagaimana mengkebumikan mayat saudaranya. Begitulah Allah menghantar Uncle Steven mengajar jemaah cara menyusun kasut di tangga masjid.