Azwan Ali Dedah Kisah Yang Jarang Dikongsikan Ketika Bersama Arwh Datuk Sharifah Aini

Jarang berkongsi mengenai jalinan persahabatan dengan penyanyi tersohor itu, Azwan secara eksklusif di program #MHThrowback di YouTube mendedahkan hubungannya bersama Allahyarhamah cukup rapat suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun atas sebab tertentu, hubungan akrab di antara keduanya terputus di pertengahan jalan.

Datuk Sharifah Aini is my icon.” Itu kata Azwan Ali apabila ditanya bercerita mengenai Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini apabila foto bersama arwh disuakan kepadanya.

Dalam nada sebak, Azwan yang sinonim digelar Diva AA juga akui dia sering mengundang bintang tersebut menerusi mana-mana program yang diterbitkannya sebelum ini.

Azwan turut menambah, dia juga tidak berkesempatan untuk menziarahi arwh ketika tidak sihat.

“ Segala kenangan dengan arwh Datuk Sharifah Aini akan kekal abadi. Sebaklah bila teringat. Arwh buat saya macam adiknya. Jadi memang sedihlah.

“ Teringat zaman arwh Datuk hubungi untuk saya ke kediamannya, kami banyak berborak dan berkongsi mengenai pelbagai perkara.

“ Malah ketika itu dia siap hidangkan saya Mee Sup.

“ Semoga roh dia tenang di sana. Sukar untuk cari seorang diva sepertinya yang hargai saya” katanya jujur.

“ Terkenangkan dia memang sedih sebab dia sudah tiada. Cuma yang sedih tu sebab ketika arwh men1nggaI, saya terlalu sibuk.

“ Jadi sedihlah kan sebab tak pergi pun… Akan tetapi pasti ada sebab kenapa tak ada rezeki untuk ziarahi arwh meski kami baik.

“ Cuma ketika dia sak1t, kami terputus hubungan. Kita mahu kacau dia pun tak sesuaikan,” jelasnya lagi.

Ditanya apakah lagu kegemaran arwh, bekas hos itu menggemari lagu Selamat Hari Raya dan turut mengimbau muzik video lagu berkenaan dirakam di kediaman ibuya.

“ Lunak suara sukar dicari ganti. Arwh video klip lagu itu di rumah arwh mak saya. sangat bermakna,” akhirinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*