Tak Sempat Nak Menyanyi, Ajai Tiba-Tiba Bangun Naik Ke Pentas Dan Berdepan Dengan Hafiz, Ini Yang Terjadi

Cerita berkenaan markah 2 peratus yang membabitkan nama komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai dan peserta program berkenaan, Hafiz Zainal menjadi tumpuan netizen sejak minggu lalu.

Namun sesuatu menarik telah berlaku pada malam ini, apabila Ajai membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung.

” Assalamualaikum Hafiz, sebelum awak nak nyanyi saya mahu menjernihkan keadaan ini dahulu.

Ajai kemudian dilihat berjalan menuju ke pentas dan bersemuka dengan Hafiz.

” Minggu lepas adalah disaster of my life..disaster habis. Okay tujuan saya kat sini adalah..sebenarnya Hafiz saya datang sini bukan untuk hentam semua orang.

” Tapi tolong fikir positif, kamu mempunyai masa yang singkat, betul? Masa saya cakap 7 – 8 minggu, saya taknak bagi ruang kepada kamu untuk kamu berasa selesa. Bukan pada kamu saja tapi pada semua.

” Mungkin saya tersalah. Ya saya akui saya tersalah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan.

” Mungkin kerana saya begitu peka dengan bunyian dan saya begitu teliti dengan setiap notes.

” Tapi tak semestinya awak tak bagus.

” Dan di sini saya memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa tapi percayalah tujuan saya adalah untuk melihat budak muda seperti ini, bila dia keluar mereka akan menjadi ‘evergreen’.

” Evergreen bermaksud mereka akan bertahan dalam industri sama seperti artis-artis dahulu yang stay sampai sekarang kerana bersandar pada kualiti dan pada talent mereka.

” Jadi biar saya dicaci dihina dihentam, tapi sebagaimana saya cakap..jauhari mengenal manikamnya dan saya tetap dengan pendirian saya.

” Apa yang saya inginkan budak-budak Bigstage ini keluar bagaimana menyanyi dengan betul dan view mereka setanding dengan bakat mereka.

” Hafiz, anggap saya macam juri dan bro..saya doakan yang terbaik untuk anda…buktikan yang saya sebenarnya silap.

Pada masa sama, Ajai menyatakan apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.

Sebelum ini, Ajai dilihat agak kasar dalam penjurian minggu pertama apabila memberikan dua markah kepada peserta tersebut.
Selain Ajai, peserta Big Stage diadili oleh Faizal Tahir, dan Dayang Nurfaizah.

SUMBER: ASIA KINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*