
Aktres berbakat, Nabila Huda berkongsi foto bersama pelakon senior yang dikaguminya iaitu Eman Manan.
Foto tersebut dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“ Lelaki ini, auranya lain macam!” tulis Nabila ringkas sebagai kapsyen.
Namun begitu, lain pula yang berlaku di ruangan komen apabila seorang netizen tampil mempertikaikan saiz badan Eman yang dikatakan semakin kurus.
“ Kenapa dia makin kurus? Takda job ke sampai kurus kering,” tulis netizen terbabit.
Tidak berdiam diri, Nabila tampil membalas komen itu
“ Statement apa ni takda job sampai kurus kering? Kalau orang kurus kering je sebab takda job? Guna otak la bila bercakap please, orang dah makin berumur memanglah makin kurus,” tulis Nabila.
KAWAN HACK KATA DIA
Tidak selepas itu, individu tersebut kembali membalas kenyataan Nabila dengan memohon maaf serta mengatakan akaunnya telah digodam oleh rakannya.
Terdahulu, Nabila dan Nabil Ahmad pernah mengacarakan program Muzikal Lawak Superstar (MLS).
Tonton dan imbas semula semua episod MLS melalui aplikasi Astro Go. Muat turun aplikasi Astro Go di Google Play dan Apple Store sekarang!
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply