Ini Respon Syifa Melvin Bila Dapat Tahu Wanita Yang TMJ Sindir Adalah Dia

GARA-GARA prestasi merudum, pemilik skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur sikap bintang sensasi bola sepak negeri itu, Safawi Rasid yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Tunku Ismail atau TMJ berkata kemerosotan mendadak prestasi Safawi disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.

Walaupun tidak menyebut siapakah wanita itu namun umum mengetahui bintang bola sepak muda itu sedang bercinta dengan seorang pelakon.

Malah, sebaris ayat dengan tanda tanya iaitu ‘Understand S M?’ daripada Tunku Ismail membolehkan khalayak mengagak ia ditujukan kepada Syifa Melvin yang sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan Safawi.

Menerusi Instastory TMJ turut mendakwa desakkan Syifa membuatkan pemain skuad Harimau Malaya itu hilang fokus sehingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

Tunku Ismail memberi amaran kepada Safawi untuk mempertingkatkan prestasinya dengan segera atau berkemungkinan akan disingkirkan daripada pasukan.

“ Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh boyfriend kahwin fasal takut terlepas. Boyfriend kaya dan popular. Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu.

” Patut makin hancur prestasi budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang. Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab.

“ Kalau kepala dah tak boleh fokus fasal asyik kena tekanan setiap hari dipaksa kahwin, semoga berjaya. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki, ada manusia bawa S***,” tulisnya.

Sebelum ini, netizen mula menghidu hubungan Safawi dan Syifa apabila mereka berkongsi foto berseorangan di Zoo Negara pada hari yang sama di Instagram masing-masing pada Ogos tahun lalu.

PELAKON Syifa Melvin yang dikaitkan sebagai punca kepada kemerosotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tampil mempertahankan dirinya.

Jelas pelakon drama #SisCuba ini, tuduhan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya adalah tidak berasas dan dia menafikan dirinya penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.

Kata Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu lagi, dia tidak pernah memberi tekanan kepada pemain kebangsaan yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.

tak pernah mintak satu sen duit Safawi

“ Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,”

kata adik kepada Syatilla Melvin itu di laman story Instagramnya.

Bagaimanapun, melalui semakan kali kedua, pelakon berkenaan difahamkan sudah memadamkan entri berkenaan.

Bagaimanapun, melalui semakan kali kedua, pelakon berkenaan difahamkan sudah memadamkan entri berkenaan.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Malah, terbaru pada Januari lalu ketika menyambut hari kelahiran Syifa, pemain JDT itu dikatakan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu.

Tindakan Safawi itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan itu kemungkinan bakal melangkah ke fasa lebih serius selepas ini.

Bagaimanapun, aksi merudum Safawi ketika ini nyata tidak disenangi oleh Tunku Ismail yang mendakwa pemain kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa berkahwin dengan Syifa.

Malah, Tunku Ismail turut mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber bharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*