Kecoh Dewan Rakyat, Apabila MP Ini Mnghïnã Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Kuala Lumpur: RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat selepas dengan sengaja menimbulkan kekecohan, hari ini.

Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Rayer duduk ketika sesi perbahasan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) berkaitan usaha memerangi pandemlk Coovld-19 di kawasan Sabah dan Sarawak.

“Yang Berhormat (YB) semua duduk… tolong duduk Jelutong, macam mana saya nak buat keputusan jika kamu berdiri, tolong duduk, tolong duduk, tolong duduk!

“Jelutong, saya beri amarann jika tidak duduk kamu keluar. Kamu enggan duduk, bentara keluarkan Jelutong,” katanya ketika perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

Terdahulu, episod kekecohan berkenaan bermula apabila King Sing menvdvhh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut maatl.

“DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi ‘Office Boy’ (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang… Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemlk Coovld-19.

“Kenapa dia tidak melawat setiap hospitaI, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut maatl, tapi DG takut maatl,” katanya.

Rayer yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan meminta King Sing menarik balik kenyataanya serta menyifatkan Dr Noor Hisham perlu dihormaatii sebagai barisan hadapan menangani Coovld-19 di negara.

“Saya minta Bintulu tarik balik kenyataan DG takut maatii. Saya tak akan benarkan dia hentam DG. DG adalah petugas barisan hadapan.

“Jangan kurangg ajar BintuIu. Tarik balik minta maaf. Mana boleh hentamm DG,” katanya.

Ahli Parlimen DAP ‘gemar’ perkataan ‘kepala bapak’

“SABAR dulu, Larut. Nanti saya guna ‘kepala bapak kamu’, susah nanti.”

Perkataan itu terpacul dari mulut RNS Rayer (PH-DAP Jelutong) ketika percubaannya untuk mengemukakan soalan tambahan selepas dicelah oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN-UMNO Larut).

Berikutan itu, istilah ‘kepala bapak’ sekali lagi membawa kepada pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah menegur Rayer kerana mengemukakan soalan sama ada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan pelaburan asing ditarik balik dari negara ini kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Hamzah kemudian bangkit dan berkata: “Tadi Timbalan Menteri dah jawab, tiada kena mengena. Apalah Jelutong ni.”

Kenyataan itu menyebabkan sidang dewan menjadi kecoh sebelum Hamzah bangun dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4), dan meminta Rayer menarik balik kenyataan ‘kepala bapak kamu’.

Yang di-Pertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof meredakan keadaan dan mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan terbabit.

Beliau turut mengingatkan Ahli Parlimen Jelutong itu mengenai amarran yang pernah dikeluarkan sebelum ini berhubung penggunaan istilah berkenaan.

Sebaik Rayer menarik balik perkataannya, Dewan Rakyat kembali kecoh apabila Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-UMNO Lipis) menggunakan perkataan mencarvtt .

“Itu saya dengar. Itu sangat tidak sopan. Tolong tarik balik, kalau tidak saya suruh keluar dewan. Jangan guna perkataan kesatt seperti itu di dewan yang mulia ini,” katanya dalam nada tegas.

Abdul Rahman cuba menjelaskan perkataan itu adalah sama dengan tindakan Rayer menyebut ‘kepala bapak kamu’, tetapi Mohamad Ariff tegas dengan pendiriannya.

“Saya suruh tarik balik perkataan kesat itu. Ia lagi dahsyat daripada perkataan ‘kepala bapak kamu’. Ini tak beri apa-apa faedah kepada dewan yang mulia ini,” katanya.

Abdul Rahman kemudian menarik balik perkataannya tetapi keadaan kembali hiruk-pikuk apabila Rayer berkata ‘padan muka’ kepada Hamzah sebelum Ahli Parlimen Larut itu meminta ia ditarik balik.

Minggu lalu, Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, mengarahkan Rayer menarik balik istilah ‘kepala bapak’ yang digunakannya ketika mencelah penggulungan.

Sementara itu, Ong ketika menjawab soalan tambahan Rayer berkata, pelabur yang membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak menyatakan ketidakselesaan berhubung skndaI 1MDB.

“Bagaimanapun, saya yakin tahap ketelusan akan ditingkatkan dan undang-undang dihormati dengan kerajaan baharu ini.

“Keadaan itu akan memberi kesan baik terhadap FDI,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*