Terkini

Nak berbuka tapi tak tahu nak pergi bazar mana? Berikut 5 pilihan bazar Ramadan popular sekitar Kuala Lumpur

RAMADAN merupakan bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Selain berpeluang untuk memperbanyakkan ibadat, waktu ini turut menjadi peluang untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan sahabat.

Tidak kurang itu, aktiviti berkunjung ke bazar Ramadan juga menjadi salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan. Masakan tidak, pelbagai pilihan juadah berbuka dalam dilihat di bazar sekali gus membantu golongan peniaga menjana pendapatan.

Justeru, berikut KL VIRAL menyenaraikan lima bazar Ramadan popular di sekitar Lembah Klang pada tahun ini:

1. Bazar Ramadan Jalan Tun Abdul Rahman (TAR)

Lokasi yang begitu strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, dan mudah untuk kunjungi maka, ramai memilih untuk pergi ke bazar Ramadan Jalan Tun Abdul Rahman (TAR). Selain itu, pelbagai makanan serta minuman yang dijual sekali gus membuatkan pembeli berasa ‘terliur’ setiap kali pergi ke bazar itu.

Alamat: Lorong Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur

2. Bazar Ramadan Kampung Baru

Destinasi popular apabila menjelang bulan Ramadan iaitu bazar Ramadan Kampung Baru turut terkenal dengan jualan hidangan tradisional. Di samping itu, bubur lambuk Kampung Baru juga menjadi kegemaran ramai, dengan cita rasa yang khas dan unik.

Ia telah menjadi warisan yang diwarisi dari generasi ke generasi, dan terus menjadi tarikan utama bagi mereka yang mengunjungi Kampung Baru, tidak mengira sama ada di bulan Ramadhan atau tidak. 

Alamat: 124, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

3. Bazar Ramadan TTDI

Bazar Ramadan yang begitu terkenal dengan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan dan disarankan kepada anda untuk datang awal agar tidak berhimpit-himpit bersama pembeli yang lain.

Antara hidangan yang boleh dinikmati adalah seperti nasi tamato, nasi lemak, nasi hujan panas dan harga yang cukup berpatutan.

Alamat: Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

4. Bazar Ramadan Wangsa Maju

Bazar yang paling terpanjang di Kuala Lumpur adalah bazar Ramadan Wangsa Maju. Lokasinya terletak berhampirang dengan LRT Wangsa Maju membuatkan ia mudah untuk diakses.

Buat keputusan awal untuk membeli hidangan untuk berbuka puasa dan disarankan untuk hadir seawal 4.00 petang kerana ketika itu juga sudah dibanjiri oleh pengunjung.

Alamat: Bazar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

5. Bazar Ramadan Bukit Bintang

Bazar Ramadan Bukit Bintang juga sama popular dengan bazar Ramadan Jalan TAR kerana tempat tersebut menjadi tarikan orang ramai walaupun sebelum puasa dan selepas puasa.

Menariknya, anda boleh membeli dan berbuka berhampiran dengan tempat terbuka di sana. Setelah selesai berbuka, boleh membeli-belah di sekitar Bukit Bintang.

Alamat: Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top