Noraniza Idris Dikecam Sindir Dato Siti, “Saya Berhak Untuk Menulis Apa Sahaja”

TINDAKAN penyanyi Noraniza Idris berkongsi foto lukisan kartun dia bersama lagenda Datuk Sudirman Arshad dengan kapsyen melabelkan Allahyrham sebagai ‘penyanyi nombor satu’ mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 52, didkwa sengaja menimbulkan prov0kas1 terhadap penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan peminatnya di Instagram.

Noraniza ketika dihubungi mStar memberitahu, dia tidak menyangka penulisannya itu disalah erti dan dimanipulasikan netizen sehingga dirinya dianggap sengaja ingin bersaing dengan penyanyi berkenaan.

“ Penulisan itu ditulis secara peribadi dengan menggunakan bahasa santai. Saya tidak mahu terlalu formal dan bataskan penulisan sehingga terpaksa jadi hipokr1t.

“ Tapi tak sangka pula gelaran yang saya tulis Sudirman adalah penyanyi Asia nombor satu Malaysia itu disalah erti dan mula dimanipulasi.

“ Ada komen netizen yang buat saya rasa tersentap kerana dianggap ‘gigih’ nak berlawan dengan seseorang. Saya rasa tercabar tetapi malas nak layan sangat.

“ Sebab itu saya ada muat naik satu lagi status yang mengatakan saya berhak untuk menulis apa sahaja dan tidak perlu kecam,” katanya.

Niat saya berkongsi itu sebagai tanda penghormatan kepada arwh Sudirman.

Sebelum ini, kapsyen di foto lukisan kartun Allahyrham Sudirman bersama Noraniza yang dimuat naik penyanyi itu mengundang perbalahan dalam kalangan peminat Siti Nurhaliza.

Menerusi laporan Harian Metro, Siti meminta peminatnya bertenang dan tidak bertindak melulu dalam menulis sebarang komen di laman sosial terutama berkaitan isu melibatkan Noraniza.

Kata penyanyi Anta Permana itu, dia menyedari ada segelintir netizen yang bukan dalam kalangan peminatnya yang meninggalkan komen berbentuk prov0kas1.

Dalam pada itu, Noraniza memberitahu dia hanya mampu bersabar dengan komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Noraniza turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati dengan penulisannya dan menjelaskan perkongsian itu sekadar memberi tanda penghormatan kepada Allahyrham Sudirman.

“ Bila dah masuk kisah busuk hati, AJL kalah makan hati… Astaghfirullah, saya mampu mengucap saja. Bahasa-bahasa mereka nauzubillah.

“ Macam itu ke budak-budak sekarang meletakkan kita sebagai orang lebih tua di tapak kaki mereka sahaja. Terlalu taksub dengan perkataan nombor satu dan sengaja cetuskan isu.

“ Apa-apa pun, saya mohon maaf jika ada yang tergores hati. Niat saya berkongsi itu sebagai tanda penghormatan kepada arwh Sudirman.

“ Sebagai peminat arwh, sudah tentu saya teruja dan tak nak lepaskan peluang kongsikan kenangan itu di Instagram,” ujarnya.

5 Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Kekal Penyanyi Nombor 1

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 34 baru-baru ini, penonton dikejutkan dengan penampilan khas penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Penampilannya di minit akhir persembahan ‘Anta Permana’ bersama penyanyi gantian Bob Yusof membuat ramai peminat muzik tempatan teruja.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kemunculan kembali Dato Siti Nurhaliza menjadi trending di media sosial. Menerusi Facebook Mohszin Mokhtar, menjawab persoalan mengapa Siti Nurhaliza diangkat sebagai ‘penyanyi nombor 1 negara’ walaupun sudah lama di dalam industri, bukannya penyanyi baru yang semakin meningkat naik.

Kenapa bukan artis baru jadi nombor 1

Sebelum apa-apa, saya perlu nyatakan bahawa saya bukanlah peminat Siti Nurhaliza.

Saya menulis berdasarkan pemerhatian saya. Anak saya pernah bertanya – kenapa setiap kali diumum nama Siti Nurhaliza, pengacara mesti akan perkenalkan Siti sebagai “penyanyi nombor 1 negara”? Lagu bukan sedap sangat katanya!

Kenapa bukan Sufian Suhaimi? Aiman Tino? Floor 88? Wany Hasrita? Hakiem Rusly? K-Klique? Jawapan saya mudah. Faizal Tahir, Hafiz Shuib dan Siti Nurdiana pun tidak layak – takkan lah nama-nama yang anak saya sebut layak!

Siti tetap Siti

Tapi sebenarnya bila kita fikirkan semula, Siti Nurhaliza adalah antara sedikit perkara yang tidak mahu diubah oleh generasi berumur 30-50 tahun. Ya, generasi saya dan majoriti rakan-rakan saya.

Ya, kita sudah mengubah dunia. Generasi kitalah yang berubah – lantas mengubah dunia. Dari telefon ke smart phone, dari bungkus mamak ke Food Panda. Dari teksi ke Grab. Dari TV ke Netflix. Dari surat ke SMS ke Whatsapp. Dari diari ke Myspace ke Facebook. Dari shopping mall ke Lazada & Shopee. Dari Siti Nurhaliza ke Siti Nurhaliza!

Konsert tiket RM400 pun habis terjual

Ya, zaman berubah. Tapi peminat Siti Nurhaliza tidak! Ini yang hebatnya. Dan peminat Siti Nurhaliza sekarang adalah dari kalangan yang berduit. Konsert tiket RM400 sold out.

Sufian Suhaimi, Wany Hasrita dan 2 lagi artis bergabung untuk membuat konsert tiket RM80 pun terpaksa batal kerana tidak cukup pembeli tiket! Periuk dijual Siti Nurhaliza mencatat jualan jutaan ringgit. Dalam masa 2 jam! Siti juga masih gah sebagai model produk-produk lain. Selain produk sendiri.

Ya, pada akhirnya nilai komersil yang penting. Adakah peminat anda sanggup mengeluarkan duit untuk melihat anda menyanyi, beli produk anda atau beli produk yang anda duta nya. Peminat sekadar suka dan tonton free di YouTube tidak akan menjadikan anda penyanyi nombor satu negara! Tidak akan.

Siti tidak berpolitik

Kekadang kita lihat Siti Nurhaliza juga dikecam. Biasanya oleh netizen yang asyik berpolitik. Bahawa Siti juga berpolitik. Tidak, Siti tidak berpolitik. Berpolitik untuk selebriti adalah menggunakan kedudukan atau populariti untuk meraih sesuatu. Sama ada populariti lebih tinggi, atau kedudukan, atau job.

Siti tidak perlukan itu semua. Siti konsisten meminati Tun M sebelum Tun M jadi PM ke-7 lagi. Tidak lalang seperti artis lain. Dan Siti tidak dibayar untuk sebarang penampilan politik. Malah tidak pernah bercakap pasal mana-mana parti.

Siti layak diangkat nombor 1

Yang mengecam Siti adalah bukan dari kalangan orang yang membeli tiket konsert Siti. Orang yang membeli tiket, relax sahaja. Maka, mungkin kita boleh bersetuju bahawa Siti bukan sahaja epitome kepada penyanyi Malaysia. Malah berkataan epitome itu pun selayaknya dipanggil “Siti Nurhaliza”.

Lee Chong Wei adalah “Siti Nurhaliza” atlit negara. Atau Rosyam Nor adalah “Siti Nurhaliza” bagi pelakon. Boleh begitu?

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber Harian Metro, mstar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*