Selepas Gagal Bayar Pelakon Teater, Tindakan Kak Ogy Ini Buat Man Makin Bengang

BARU-BARU ini industri hiburan tanah air digemparkan dengan isu kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater K0rupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Isu tersebut kemudian menjadi bertambah serius apabila seorang pelakon teater iaitu Che Mat membuat laporan di Balai PoIis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, pada Jumaat.

Lap0ran berkenan dibuat apabila Che Mat berasa tertpu dengan janji manis pelakon dan pengarah Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

Man Raja lawak juga melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Kak Ogy yang masih belum melunaskan baki bayaran RM10K milik beliau. Kak Ogy juga dikatakan telah bl0ck akaun Ig untuk semua pelakon teater

Kak Ogy BIock Semua Orang

Nape ek #kakogyahmaddaud bIock smue pelakon2..kru2..musican yg terlibat dlm teater @korupsidewansemandung kalau dia di pihak yg benar..spe yg jadi mngsa ni??? kami ke dia?? Kelakar pun ade gak pasal 2 bulan berdolak dalih.. kitaowg sabar dan beri peluang akhir nya ini yg kami dapat?? Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul2 tgh susah dari bagi kat akak yg MENYUSAHKAN smue org”

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, penulis skrip teater itu iaitu Aloy Paradoks mendedahkan dia masih belum menerima baki tunggakan byaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Penjelasan Kak Ogy

Enggan membiarkan isu itu terus menjadi polemik dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy tampil mengakui kebenaran mengenai rungutan yang disuarakan Aloy.

Ogy menjelaskan dia berhadapan dengan masalah kewangan menyebabkan sehingga kini tidak dapat memberi bayaran seperti yang dijanjikan kepada pelakon dan kru terlibat dalam pementasan tersebut.

“Saya harap Kak Ogy lunaskan bayaran dalam masa terdekat” – Khir Rahman pula bersuara

Terbaharu, pengarah teater tersebut, Khir Rahman pula tampil menyuarakan pandangan terhadap kemelut berkenaan.

Menerusi posting di akaun Twitter peribadinya, Khir menegaskan, dia masih lagi rasional dan sedang cuba untuk menahan diri daripada membincangkan mengenai isu berkenaan di media sosial.

“Secara peribadi, saya cuba menahan perkara ini dari tersebar ke media sosial dan pihak media. Sebagai manusia dan pengarah, saya tak mampu menahan kesah keluh mereka yang belum menerima pembayaran.

“Saya ada banyak cerita, namun biarlah sampai di sini dahulu. Saya mungkin menghormati bakat Kak Ogy dan ia kekal begitu buat masa ni,” katanya.

Menurutnya, dia masih belum lagi buat laporan poIis, namun kisah yang sedang berlaku adalah benar.

“Ada beberapa pemain dari teater arahan saya ini telahpun bertindak demikian kerana tidak lagi tahu mahu ke mana.

“Buat masa ini Kak Ogy memang mendiamkan diri dalam WhatsApp.

“Apapun saya masih berharap agar pihak Kak Ogy akan melunaskan segala pembayaran dalam masa terdekat ini.

“Sebab bercerita secara kronologi dari A sampai Z, termasuk sikap buruk manusia bukanlah menjadi amalan saya selama ini,” kata Khir lagi.

Selain Che Mat, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapa, Syura dan Sharif Zero.

TRENDINGSANGAT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*